Skip to content

FERRAGAMO UMUM KERJASAMA IKONIK BERSAMA LEGENDA SKI ITALI, ALBERTO TOMBA

FERRAGAMO UMUM KERJASAMA IKONIK BERSAMA LEGENDA SKI ITALI, ALBERTO TOMBA

Kongsikan artikel ini

Ferragamo dengan sukacitanya mengumumkan permulaan satu kolaborasi penting bersama legenda ski Itali, Alberto Tomba.

Alberto Tomba merupakan seorang ikon yang melambangkan kecemerlangan, keberanian dan ketekunan. Kerjasama ini lahir daripada hasrat rumah fesyen berprestij dari Florence itu untuk meraikan nilai-nilai yang dikongsi bersama. Dedikasi, ketabahan, daya tahan serta perhatian terhadap perincian.

Nilai-nilai tersebut merupakan asas kepada perjalanan visionari Salvatore Ferragamo, yang dipacu oleh semangat mendalam. Pencarian berterusan terhadap kesempurnaan, serta penghormatan tinggi terhadap seni pertukangan. Dengan kerjaya luar biasa yang dihiasi pencapaian bertaraf dunia, Alberto Tomba menjadi cerminan paling tulen kepada semangat Itali yang mempercayai bakat, komitmen dan keupayaan untuk melangkaui batas.

ferragamo alberto tomba

Menurut Leonardo Ferragamo, Alberto Tomba melambangkan bakat, keberanian dan keazaman yang sejati. Perjalanan sukan beliau selari dengan falsafah Ferragamo—bahawa setiap kejayaan lahir daripada pengorbanan, dan setiap hasil adalah buah daripada dedikasi. Hubungan ini diperkukuh oleh rasa keaslian dan kecintaan terhadap kecemerlangan, nilai yang terus menjadi inspirasi dalam setiap hasil kerja jenama tersebut.

Alberto Tomba pula menyifatkan pemilihannya sebagai satu penghormatan besar. Beliau percaya bahawa sukan dan gaya berkongsi bahasa yang sama—semangat, disiplin dan keinginan untuk sentiasa memperbaiki diri. Mewakili Ferragamo, sebuah jenama yang menjelmakan keindahan dan ketukangan Itali di pentas global, merupakan satu kebanggaan tersendiri buatnya.

Kenali Siapa Alberto Tomba

Dilahirkan di Bologna pada tahun 1966, Alberto Tomba diiktiraf sebagai antara atlet ski alpine terhebat sepanjang zaman. Dia merupakan satu-satunya atlet yang memenangi perlumbaan selama 11 musim berturut-turut (1987–1998). Alberto juga merangkul empat gelaran Giant Slalom dan empat gelaran Special Slalom. Pencapaiannya turut merangkumi tiga pingat emas Olimpik, dua perak Olimpik, dua emas Kejohanan Dunia, dua gangsa Kejohanan Dunia, 50 kemenangan Piala Dunia, serta satu gelaran keseluruhan Piala Dunia.

Dengan tenaga, karisma dan dedikasi yang tidak pernah luntur, Alberto Tomba bukan sahaja merevolusikan dunia ski, malah terus berdiri sebagai ikon global yang melambangkan semangat kesukanan dan jiwa Itali.

Pautan berkaitan: BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut

GLFirstfesyen: FERRAGAMO SPRING/SUMMER 2023 – LIVESTREAM

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN ACTION FILM MAESTRO, ADRIAN TEH

Bacaan Lanjut

GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!

Bacaan Lanjut