GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!
MEMEGANG IMPIAN DALAM MEMECAHKAN STIGMA YANG BERSELUBUNG KELOMPOK BAPA MASA KINI; DR SAY ATAU SHAZRIL SHAHARUDDIN, 34, TAMPIL MENGHADIRKAN PERUBAHAN DALAM BERGELAR BAPA ALAF BAHARU. SALING MENGIMBANGI LALU MERINGANKAN TUGAS DALAM MELINDUNG, MENDIDIK LANTAS MEMBENTUK SEBUAH KELUARGA YANG SEJAHTERA BERSAMA PASANGAN. SEKALI GUS, TIDAK SEKALI MEMANDANG ENTENG DALAM MEMPERKASAKAN IMEJ DIRI AGAR IA MEMBIASKAN KREADIBILITI DIRI YANG KOMPETEN LAGI KARISMATIK.
Pengarang Rencana & Arloji: ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Digital, Penata Gaya & Arahan Kreatif : MUZAMMIN MUZLAN Gambar : CHEE WEI Grooming : KF BONG Rambut : CKAY LIOW
Perkhabaran terkini Dr Say?
Saat ini, selain menjaga dan melayani anak-anak dirumah; saya turut membantu meringankan tugas isteri, Dr Azura Abas yang baru membuka kliniknya kepada umum pada bulan Mei lalu. Semestinya ada sahaja rincian yang perlu diperbaiki dalam merencanakan atau menjalankan perencanaan sebuah klinik perubatan. Dari setiap sisi agar ia tampil lebih sempurna.
Yang menarik tentang Dr Say yang tidak diketahui umum?
Saya suka meneliti seseorang. Saya boleh memberitahu sisi karakter seseorang itu hanya dari melihatkan himpunan foto mereka, sebelum dia membuka bicaranya. Bukan menghakimi lebih kepada menilai. Haha.
Hobi kala ini?
Semestinya bersenam, dan melayani karenah anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama.
Essence of Man; the real guide to masculinity today?
Lelaki, khususnya dalam menjadi seorang bapa, di bahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Tidak hanya dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul dalam memelihara darjat pasangannya, kaum bapa juga bertanggung untuk menjaga kestabilan, menyediakan nafkah, menjadi pelindung juga bersama membimbing dalam melunaskan hal rumahtangga bersama. Intipati inilah yang membentuk lelaki masa kini.
Sebarang stigma, prasangka dan diskriminasi terhadap lelaki yang ingin diubah setelah menjadi bapa…
Sebelum ini, suami hanya dilihat sebagai seorang yang berupaya untuk melindungi dan memberi nafkah atau mencari harta. Jadinya, kurang memikul perencanaan harian seperti mengasuh mendidik anak-anak serta melangsaikan tugas pengurusan kerja rumah. Lelaki dalam zaman ini tidak seperti dahulu, bukan hanya mencari nafkah malah memikul kewajipan yang sama di dalam membentuk keluarga dan rumah tangga yang lebih sejahtera. Sebagai seorang suami dan bapa saya ingin mengikis stigma ini kerana saya juga tidak terlepas untuk menukar lampin, membersih serta mengemas rumah.
Apakah lagu tema kehidupan kala ini?
Do Or Die, nyanyian Thirty Seconds To Mars.
Bagaimana Dr Say ingin diingati?
Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab, suami yang penyayang dan doktor yang senantiasa merendah diri serta senang untuk didekati.
Jika Dr Say bangun esok hari dan terperangkap dalam tubuh individu lain, siapakah yang bakal dipilih?
Sudah pasti Henry Cavill, dan saya akan melihat refleksi diri dari balikcermin selama berjam-jam. Saya akan menjadi seperti, dammm.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Blue Pongtiwat akan membuat penampilan istimewa pada 24 May ini untuk meraikan pelancaran butik Prada di The Exchange TRX.
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN DIOR MEN WINTER 2024 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan Dior Men Winter 2024 oleh Pengarah Kreatif, Kim Jones. Saksikan secara livestream pada 19 Januari 2024 bersempena Minggu Fesyen Paris.
“MEN ARE MADE HOW MEN SHOULD BE.” – AIMAN HAKIM RIDZA, GLAM LELAKI JANUARI 2024
Untuk edisi digital Januari 2024, GLAM Lelaki menampilkan hero Malaya berbakat, Aiman Hakim Ridza yang bakal menimang cahaya mata kedua bersama aktres jelita, Zahirah MacWilson pada tahun ini.
GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023
Meerqeen sering menampilkan perwatakan yang begitu segak yang disulami dengan stail fesyen peribadinya yang cukup bergaya. Mari lihat gaya terbaik Merqeen sepanjang 2023.
FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX
Jenama fesyen Paris, Dior kini membuka pintu butik terbaharu mereka di Malaysia yang terletak di The Exchange TRX dengan memperkenalkan konsep baharu di rantau Asia.
THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023
Untuk edisi digital September 2023, GLAM Lelaki mempersembahkan pelakon kacak penuh bakat, Fattah Amin yang sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan juga kehidupannya sebagai seorang suami serta bapa.