GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!

Bodysuit, beg kulit & kasut SALVATORE FERRAGAMO.
Adakah Dr Say gembira berada di posisi saat ini?
Saya ingin mengatakan bahawa saya sangat berpuas hati dan bersyukur dengan setiap sisi penceritaan, dalam menuruti perjalanan kehidupan dan kerjaya sebagai anak, suami dan bapa.
Sekiranya diberi peluang, bagaimana Dr Say mengolahkan sisi kerjaya yang berlainan?
Setelah berhenti pengajian dalam bidang kepakaran, saya kini memasang impian untuk menjadi seorang pakar psikiatri kerana melihatkan ramai individu yang mendepani isu kesihatan mental.
Apakah bezanya dalam memegang peranan sebagai seorang doktor selebriti?
Seorang doktor lazimnya bakal bersemuka dengan pesakit secara one-one-one. Kemudian meneliti lalu mendiagnosis pesakit. Bezanya peranan saya sebagai doktor selebriti adalah berupaya untuk menjangkau lebih ramai individu. Sekali gus, menampilkan kandungan yang berkaitan dalam dunia perubatan atau kesihatan menerusi platform-platform sosial. Pendekatannya lebih kepada mencegah dan mendidik dari peranan kebiasaan seorang doktor normal.
Bagaimana anda fikir sukses telah mengubah perjalanan hidup anda?
Terus terang, saya tidak pernah terfikir bahawa saya boleh meraih pendapatan yang lebih daripada ibu bapa saya. Hanya kerana saya melihat betapa kompeten keduanya bekerja dalam persekitaran perkerjaan konvensional dari jam 8-5 untuk 5 hari seminggu. Bila saya menyatakan hasrat untuk berhenti dari melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran, mereka agak sedih. Bagi mereka, menjadi seorang pakar adalah satu-satunya cara untuk menjadi doktor yang sukses. Akan tetapi saya berjaya membuktikan kepada mereka dalam mengolahkan semula definisi sukses bagi kerjaya seorang doktor. Sekali gus, menggalas tanggungjawab serta kewajipan untuk keluarga serta diri sendiri.
Gaya peribadi Dr Say?
Gaya peribadi saya terdorong kepada gaya smart casual. Saya selesa dalam penampilan yang rapi lagi sleek. Turut menerapkan unsur keselesaan dalam memilih persalinan.
Ikon fesyen…
Di antara Chris Hemsworth dalam kempen Boss dan paduan gaya serta karismatik Henry Cavill yang begitu dapper.
Tiga item esensial fesyen anda?
Blazer, celana separa formal dan kasut loafer.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men's SS26 tahun ini.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih