Skip to content

GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!

Kongsikan artikel ini
3 of 3
GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL: HOT DAD AND DOCTOR ALERT 04

Kemeja-t & seluar monogram GUCCI X ADIDAS. Jam tangan LONGINES Spirit Zulu Time.

Apakah pembelian item fesyen terbaik setakat ini?

Pembelian terbaik adalah kasut berjalan yang berpunya gaya athleisure.

Bagaimana pula pembelian terburuk?

Jauh lebih banyak, salah satunya adalah beg briefcase kreasi satu rumah fesyen mewah ini. Saya baru sahaja memakainya sekali, segala perincian mengenainya kini seperti tidak mematuhi cita rasa juga tidak praktikal.

Cara Dr Say mengolah gerobok fesyen peribadi?

Dengan masa anda bakal didedahkan dengan cara untuk mengimbangi lalu mengekspresikan gaya peribadi yang tersendiri. Saya bermula dengan menghimpunkan ceraian pakaian asas antaranya, muscle tee bersama seluar jeans berpotongan slim fit. Dari situ saya akan menyarungkan blazer untuk menambahkan seri atau menaikkan stail peribadi.

Apakah yang dikumpul di dalam gerobok fesyen Dr Say?

Saya berpunya koleksi blazer Boss yang sudah tentunya menjadi kegilaan saya.

Adakah Dr Say berpunya rejim penjagaan wajah?

Setelah dibeleter oleh isteri, kini saya berpunya rejim penjagaan wajah. Juga memandangkan usia kita yang beralih ke fasa yang lebih matang. Kita bakal sedar akan tampilan perbezaan dan perubahan pada kulit. Bermula dengan pembersih muka, wajib setiap hari. Saya tidak memakai toner, sebaliknya hanya memakai pelembab muka setelah membasuh. Pada waktu pagi saya akan memakai pelembab muka serta krim sunblock, dan pada waktu malam pula saya akan memakai serum muka.

Produk penjagaan kulit terbaik anda sepanjang masa?

Lancôme Advanced Génifique Serum, terbaik untuk semua!

Apa rupa rejim senaman mingguan Dr Say?

Saya ingin memecah stigma yang berselubung kelompok bapa-bapa, di mana susuk badan menjadi tidak terurus. Senang kata, “dad bod” setelah bernikah. Rutin yang saya amalkan hanya split gym routine. Saya benci kardio kerana bila di gim, I’m the strength kind of person. Tidak perlu untuk memiliki ‘competition body’, sekadar hanya fit bagi mengekal kesihatan tubuh badan. Satu jam sudah memadai untuk 3 ke 4 kali sesi dalam seminggu kerana ada banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan dalam hidup ini.

Sedikit motivasi untuk pembaca?

Otot tidak dibina dengan sendirinya, anda tidak akan kelihatan “baik” hanya selepas sebulan meluangkan masa di gim. Ia adalah satu proses dan memerlukan konsistensi serta ketekunan. Saya sarankan untuk anda menggunakan mesin yang sedia ada. Ia selamat serta berfungsi sebaik free weight seperti dumbbell, barbell dan sebagainya.

GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL: HOT DAD AND DOCTOR ALERT 05

Kemeja monogram & rantai logo DIOR. Jam tangan LONGINES Spirit Zulu Time.

 

Pautan Berkenaan: GL MEI 2022: IDRIS KHAN & EYKA FARHANA; WE GO HIGH!

3 of 3

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut
kimi noordin

HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”

Bacaan Lanjut

SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut