GL MEI 2022: IDRIS KHAN & EYKA FARHANA; WE GO HIGH!
DIBINTANGI OLEH IDRIS KHAN & EYKA FARHANA, SIRI KASUT NIPPON MADE GARAPAN ONITSUKA TIGER YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN BERSERTA SENI KETUKANGAN SEPATU JEPUN INI TIADA TANDINGAN. DIBENTANGKAN BERSAMA CERAIAN HIMPUNAN TERBARU BUAT MUSIM BUNGA/PANAS 2022 YANG BERNUANSAKAN GAYA ATHLEISURE LAGI KONTEMPORARI.
Pengarah Kreatif: AIZAT AIDID Pengarang Rencana : ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen : JOHAN KASSIM Arahan Seni : AMIRUL ARIFIN, Gambar : EDMUND LEE Grooming : SHIYO JO Rambut : CKAY LIOW
IDRIS KHAN, 33, Model, Pelakon dan Usahawan
Bagaimana Idris menginterpretasikan gaya peribadi?
Bergantung pada mood saya waktu itu. Saya selesa menyarungkan ceraian streetwear nan urban juga tidak gentar untuk memadukan persalinan dengan nuansa yang edgy.
Siapakah ikon fesyen yang dipuja?
I don’t have one. Saya memanfaatkan apa jua ceraian berupaya untuk melonjakkan keyakinan diri juga selesa. Boleh saya katakan diri saya sendiri? Haha.
Tiga item fesyen esensial Idris?
Aksesori! Rantai, cincin dan gelang sudah pasti!
Pembelian terbaik saat ini?
Rantai material perak, Le’ Gramme. Saya memakainya sepanjang masa kerana ia versatil dan boleh digayakan untuk apa jua persalinan. Tidak kira casual atau persalinan yang lebih dressy.
Apakah fashion wildest dream Idris?
Berpakaian seperti rockstar. Memakai celana kulit ketat yang digayakan bersama kemeja putih longgar. Kemudian, dilengkapkan dengan but hitam.
Sekiranya diberi peluang untuk berkolaborasi, pereka atau jenama manakah bakal menjadi pilihan?
Virgil Abloh kerana dia insan yang sangat kreatif lagi cemerlang dalam membentangkan rekaan yang segar. Dia bukan sahaja seorang pereka, bahkan seorang pencipta dan inovator. Sentiasa menolak batasan lapangan fesyen namun masih kekal wearable untuk dinikmati semua lapisan usia.
Bagaimanakah Idris mengolahkan gerobok pakaian?
Sebagai seorang lelaki, anda mesti mempunyai keperluan asas terlebih dahulu seperti jeans biru, baju-t dan kemeja dalam warna putih dan hitam serta sepasang kasut putih. Dari situ baru anda membina gaya anda sendiri. Saya selesa menggabungkan ceraian streetwear untuk gaya kasual dan bakal menyarungkan sut sekiranya mahu tampil lebih dressy. Tidak lupa juga, akan melengkapkan apa jua persalinan dengan aksesori dan jam tangan.
Bagaimanakah Idris mendeskripsikan siri kasut Nippon Made garapan Onitsuka Tiger?
Diperbuat dengan material yang berkualiti, susuk konstruksinya juga tegap dengan elemen desain yang unik. Secara tidak langsung, bakal membuatkan pemakainya mencuri perhatian di khalayak ramai.
Bagaimanakah pula Idris mengayakan siri kasut Nippon Made?
Saya akan mengayakannya dengan jeans denim dan baju-t kerana kasut itu sudah tampil dominan dengan kombinasi warnanya. Jangan sekali, melemaskan penampilan dengan ceraian pakaian yang terdorong lantang.
Mengapakah mencari sepasang kasut yang selesa sangat vital?
Ia ibarat mencarikan tayar yang sesuai untuk kereta anda kerana anda tidak sekali akan menggunakan tayar lori untuk sedan bukan? Sekiranya anda selesa dan kaki tidak tertekan, maka anda akan menjadi lebih tenang, yakin langsung berupaya untuk menakluki dunia!
Kongsikan dengan GL himpunan kasut Idris di rumah?
Saya mempunyai pelbagai variasi kasut untuk setiap kesempatan, daripada kasual sehingga yang diolah dengan susuk rekaan yang lebih dressy lagi bergaya. Antara yang menjadi kegemaran saya adalah; but potongan tinggi suede YSL, sniker Jordan edisi Cactus Jack Travis Scott dan sepatu high-cut Dior.
Rejim senaman mingguan anda kelihatan seperti?
Bakal meluangkan masa 3-5 kali seminggu di gym. Melakukan kardio sekurang-kurangnya 10 minit selepas setiap sesi gim dan mencuba sehabis baik untuk beroleh sekurang-kurangnya lima ribu langkah sehari sekiranya tidak ke gim.
Apa pula rejim kecantikan harian Idris?
Tiada yang menarik, hanya membasuh muka sebelum tidur dan memakai pelembab. Paling utamanya mengaplikasikan krim pelindung matahari bila mahu keluar dan minum 2 ke 3 liter air untuk kekal hidrasi sepanjang hari.
Produk kecantikan terbaik sepanjang zaman?
Augustinus Bader, The Rich Cream.
PAUTAN BERKENAAN: GL APRIL: ISMAIL IZZANI, CERTIFIED LOVER BOY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BE YOUR OWN BOSS
BOSS Parfums memperkenalkan wangian baharu BOSS Bottled Parfum yang menangkap aura luar biasa dan memberi impak kepada setiap individu.
#GL15TAHUN HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI.
ONITSUKA TIGER NIPPON MADE, KOMBINASI TRADISI DAN INOVASI
Onitsuka Tiger mengukuhkan jenamanya dengan rangkaian Nippon Made. Menggabungkan warisan pertukangan dengan modenisasi.
ALL SAINTS BERKELANA KE TOKYO
Dedikasi musim bunga 2022, All Saints menyuguhkan struktur rekaan dengan nuansa berbeza. Menggarap ilham dari sub budaya Tokyo yang beragam.
BEST & NEW MEN’S TRAINERS THIS MONTH
Semak sniker cool tawaran musim baharu. Memberi gambaran idea bagi yang sulit mencari sniker menepati cita rasa. What's cool now?
INTEGRASI FESYEN DAN SUKAN ONITSUKA TIGER
Onitsuka Tiger berevolusi. Dua elemen penting, fesyen dan sukan saling berinteraksi dalam koleksi Onitsuka Tiger musim luruh/dingin 2021.