ATLET SUKAN GENERASI BAHARU YANG SEMAKIN MENYERLAH
Seiring tumpuan rakyat Malaysia terhadap kemeriahan Sukan SEA 2025, generasi baharu atlet sukan negara tampil mencuri perhatian dengan prestasi yang semakin konsisten dan meyakinkan.
Di sebalik atlet-atlet yang sedang berentap mengharumkan nama negara di pentas serantau, wujud barisan bakat muda lain yang turut menunjukkan potensi besar dalam arena sukan domestik dan antarabangsa. Mereka bukan sekadar pelapis, malah semakin menyerlah sebagai wajah masa depan sukan tanah air dan sumber inspirasi kepada generasi muda yang bercita-cita untuk melangkah jauh dalam dunia sukan.
#1 Nur Izzuddin Rumsani (Badminton)
Nur Izzuddin bin Mohd Rumsani ialah pemain badminton beregu lelaki Malaysia yang semakin mencuri perhatian dunia sukan badminton. Nur Izzuddin, bersama rakan seperjuangannya Goh Sze Fei, memperoleh ranking nombor satu dunia dalam acara beregu lelaki pada 27 Mei 2025. Ia merupakan kejayaan yang pertama bagi Malaysia sejak 2016. Pasangan ini juga pernah menjuarai beberapa kejohanan Jelajah Dunia termasuk India Open 2025. Sekali gus menjadikan mereka antara beregu utama yang sering mendapat perhatian di pentas antarabangsa.
#2 Goh Sze Fei (Badminton)
Goh Sze Fei, rakan sepasukan Nur Izzuddin, merupakan antara bintang badminton Malaysia yang semakin menyerlah dalam kategori beregu lelaki. Bersama Izzuddin, mereka mencipta sejarah apabila muncul sebagai pasangan beregu lelaki Malaysia pertama mencapai ranking World No.1 sejak 2016, sekali gus mengukuhkan status mereka di pentas badminton dunia. Pencapaian Goh Sze Fei turut diperkukuhkan dengan kejayaan meraih pingat perak Kejohanan Badminton Asia 2024, selain menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022. Tahun yang sama menyaksikan mereka memenangi German Open 2022, menandakan gelaran BWF World Tour pertama buat pasangan ini. Rentetan kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan negara, malah membuka lebih banyak peluang untuk mereka bersaing dan mencipta kejayaan di kejohanan bertaraf dunia.
#3 Kabilan Jelevan (Muay Thai)
Kabilan Jelevan A/L Thiagarajan, atau lebih dikenali dengan julukan “The Hunter”. Kabilan merupakan antara atlet Muay Thai profesional Malaysia yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Atlet kelahiran Sarawak ini mengharumkan nama negara apabila mencipta kejutan menerusi debut di ONE Championship dengan kemenangan. Mewakili Rentap Muaythai Gym, Kabilan dikenali dengan gaya bertarung serangan pantas serta keupayaan menghasilkan knockout awal. Termasuk kemenangan KO hanya dalam 22 saat ke atas Oky Arema. Selain ONE Championship, dia juga turut beraksi dalam Rentap Fighting Championship. Membuktikan bahawa Malaysia kini mempunyai wakil Muay Thai yang bukan sahaja kompetitif, malah mampu berdiri setara dengan atlet elit di pentas global.
#4 Mikhail Ghazali (Muay Thai)
Muhammad Mikail “Miki” Ghazali kini muncul sebagai antara prospek paling cerah dalam arena Muay Thai Malaysia. Atlet muda kelahiran Kuching ini mencuri tumpuan apabila menghadiahkan pingat emas buat Malaysia di Sukan SEA 2025 di Bangkok. Menewaskan wakil Thailand, Suphakon Sirilun, dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 17 Disember 2025. Selain kejayaan di pentas Sukan SEA, Miki Ghazali turut mengukuhkan reputasinya dengan kemenangan di IFMA Youth World Championship 2025. Dengan catatan rekod profesional tinju 2-0 dalam divisyen Flyweight.
Menariknya, Miki merupakan adik kepada Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali. Seorang profesional Muay Thai dan kickboxing Malaysia yang sudah pun mencipta nama di peringkat antarabangsa.
#5 Haqimi Azim Rosli (Bola Sepak)
Muhammad Haqimi Azim bin Rosli merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia. Sejak berada di pasukan utama pada 2022, pemain tengah ini terus mencuri perhatian menerusi prestasi konsisten di peringkat kelab dan antarabangsa. Namanya semakin menjadi sebutan apabila memainkan peranan penting dalam kejayaan Malaysia meraih pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA. Sekali gus menamatkan penantian lapan tahun negara untuk kembali ke podium sejak edisi 2017. Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Filipina di Stadium Rajamangala, Haqimi menunjukkan karakter luar biasa apabila bangkit daripada kesilapan awal untuk menjaringkan gol penentuan yang memastikan kemenangan 2-1 buat skuad Harimau Malaya. Prestasi cemerlangnya turut diiktiraf apabila dinobatkan sebagai Best Young Player di Malaysian Football Awards musim 2024–25. Mengesahkan status Haqimi sebagai wajah masa depan bola sepak Malaysia.
Artikel Berkaitan: 5 ATLET LELAKI KACAK & MESTI KENALI DI SUKAN SEA 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
JOJO HADIAHKAN IBU JAM TANGAN MEWAH ROLEX
Kasih sayang yang tulus dan perhatian yang penuh makna, itulah yang ditunjukkan oleh Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, kepada ibunya yang tercinta.
JOJO TEWAS, BUT WE ARE PROUD OF YOU!
Satu Malaysia tidak senang duduk semalam apabila menyaksikan jaguh Muay Thai negara, Jojo atau, nama sebenar Muhammad Johan Ghazali tewas!
THE RISING STAR, JOHAN ‘JOJO’ GHAZALI HIASI COVER BULAN NOVEMBER 2024
Pabila kebanyakan remaja di usia 18 lagi sibuk mengatur perjalanan hidup, sedang yang satu ini namanya sudah mekar dan semakin bugar meniti kejayaan dalam arena gelanggang Muay Thai. GLAM Lelaki bertemu, Johan Ghazali.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA
Arya Saloka membintangi siri Netflix, “Gadis Kretek” sebagai Lebas yang turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan Putri Marino.
LEE ZII JIA TAMPIL JUARA ALL ENGLAND 2021
Kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.











