ANSEL ELGORT HADIR DENGAN SINGLE TERBARU ‘THIEF’
Wow, tiada ribut tiada angin, pelakon remaja Hollywood terkenal yang membawakan watak pesakit kanser dalam The Fault In Our Stars kini hadir dengan single terbarunya yang berjudul Thief. Ini dikira percubaan terbaru buat Ensel di mana sebelum ini dia pernah menghasilkan beberapa single, antaranya Unite, To Life dan Home Alone beberapa tahun lepas namun tidak mendapat sebarang pengiktirafan.
Dan hari ini, single keduanya itu sudah pun berada di atas talian melalui saluran rasmi YouTubenya, AnselElgortVEVO dimana ia turut hadir dengan muzik video. Dalam muzik video tersebut, jelas kelihatan Ensel memiliki aura seorang penghibur persis Justin Bierber di mana gerak tarinya seakan serupa. Videonya itu juga boleh dikira seksi menyaksikan Ensel menari penuh feel sampil jaketnya dibiarkan tidak berbutang serta adegan asmara bersama dengan seorang wanita iaitu kekasihya sendiri, Violetta Komyshan. Ternyata percubaan yang berani dari Ensel. Video ini juga turut diarahkan oleh abangnya sendiri, Warren Elgort.
Lagu yang berentak fast pop ini ternyata sedap untuk didengar walaupun suara Ensel dilihat masih perlu digilap agar dia benar-benar dapat bersaing secara sihat dengan artis-artis sebayanya seperti Shawn Mendes, Charlie Puth, Troy Sivan dan lain-lain. All the best Ensel! Good try!
Layari pautan di bawah untuk melihat muzik video Ensel Elgort ‘Thief’.
https://www.youtube.com/watch?v=U4gsAS8h3p0
Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.















