Skip to content

5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN

5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN

Kongsikan artikel ini

Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia. 

Dalam landskap fesyen dan gaya hidup global hari ini, Korea Selatan bukan sekadar pusat hibura. Mereka juga telah muncul sebagai kuasa besar dalam mempengaruhi trend mewah dunia — termasuk dalam dunia jam tangan. Dari layar drama hingga pentas fesyen antarabangsa, bintang Korea kini menjadi wajah pilihan jenama jam tangan. Pelantikan selebriti Korea sebagai duta bukan lagi sekadar strategi pemasaran, tetapi satu pengiktirafan terhadap kuasa soft power Korea yang semakin menguasai pasaran global.

Jam tangan, sebagai simbol ketepatan, status dan keperibadian, kini diberi nafas baharu melalui personaliti bintang Korea yang versatil — ada yang memancarkan kelembutan klasik, ada yang membawa maskuliniti moden, dan ada juga yang mewakili generasi muda dengan semangat segar dan progresif. Daripada pelakon berkaliber hingga idola K-pop yang mencetus fenomena, setiap figura ini membawa interpretasi tersendiri terhadap kemewahan, menjadikan jam tangan bukan sekadar aksesori, tetapi lanjutan kepada identiti dan gaya hidup.

#1 Park Bo-gum — Omega

Park Bo-gum telah dilantik sebagai Duta Jenama Global untuk jam tangan mewah Swiss, OMEGA secara rasmi pada Disember 2025. Pelantikan ini meletakkannya bersama tokoh antarabangsa jenama itu seperti George Clooney dan Nicole Kidman, dan mengukuhkan pengaruhnya dalam dunia fesyen dan jam tangan mewah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

#2 Bae Suzy — Longines

Bae Suzy secara rasmi menjadi “Ambassador of Elegance” untuk Longines, jenama jam tangan Swiss yang terkenal dengan rekaan elegan. Peranan ini menyepadukan imej klasik dan feminin Suzy dengan estetika jam tangan Longines yang halus dan bergaya sejak Mei 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Longines (@longines)

#3 Wi Ha-joon — TAG Heuer

Wi Ha-joon merupakan watak global ambassador untuk TAG Heuer, mewakili jenama tersebut dalam kempen dan acara sejak sekitar 2023. Keperibadian dinamik dan gaya modennya selari dengan identiti TAG Heuer sebagai jenama berprestasi tinggi.

#4 Danielle Marsh — Omega

Danielle Marsh, telah dilantik sebagai salah seorang duta generasi muda untuk jam tangan Omega. Omega memilihnya untuk menarik generasi baharu peminat jam tangan mewah dengan daya tarikan dan pengaruh globalnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NewJeans (@newjeans_official)

#5 Kim Woo-bin — Jaeger-LeCoultre

Kim Woo-bin telah menjadi rakan/duta jenama untuk Jaeger-LeCoultre sejak tahun 2021. Penglibatannya termasuk kempen untuk koleksi Reverso dan Polaris, mencerminkan imej sofistikated serta gaya halus jenama tersebut.

Pautan berkaitan: 8 DUTA JAM OMEGA YANG BERPENGARUH & IKONIK

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI

Bacaan Lanjut
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM

Bacaan Lanjut

BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ

Bacaan Lanjut

PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN

Bacaan Lanjut
KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

KOLEKSI ROLEX BERPRESTIJ TMJ TUNKU ISMAIL IDRIS

Bacaan Lanjut
ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

Bacaan Lanjut