Skip to content

KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN

KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN

Kongsikan artikel ini

Nama Zairi Aziz kini menjadi salah satu nama pelakon tempatan baharu yang sedang meningkat naik menerusi drama terbaharu, Kelas Belakang. 

Zairi Aziz merupakan nama baharu yang kian mencuri perhatian dalam industri lakonan Malaysia. Berbekalkan latar belakang kukuh dalam dunia aksi, minat mendalam terhadap filem bergenre aksi telah membawa Zairi memulakan langkah sebagai pelakon lagak ngeri sebelum melebarkan sayap ke bidang lakonan. Drama terbaharunya, Kelas Belakang, yang baru sahaja ditayangkan, menerima respons positif daripada penonton tempatan sekali gus memperkenalkan Zairi sebagai wajah segar yang berpotensi besar dalam dunia lakonan. Mari kenali pelakon muda yang baru berusia 23 tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

1. Tahniah atas drama Kelas Belakang yang sedang ditayangkan. Apa perasaan Zairi Aziz melihat diri sendiri berlakon?

Sebelum berlakon di dalam drama Kelas Belakang, saya sudah pernah berlakon dalam beberapa drama dan filem sebagai watak sampingan. Antaranya ialah drama Anak-Anak Mafia dan fiem Banduan. Tetapi, perasaan pertama kali melihat diri sendiri sebagai watak utama cukup berlainan dengan drama-drama saya yang lain. Sejujurnya, sangat banyak cabaran untuk saya menghasilkan watak Nik Anaqi. Apabila episod pertama drama Kelas Belakang keluar, saya amat berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja saya. Apablia saya mendapat komen “Weh, kau dalam drama tu bukan macam Zairi yang aku kenal.”, ia bermaksud saya berjaya mewujudkan jiwa Nik Anaqi dalam drama kelas belakang.

2. Bagaimana reaksi pertama Zairi apabila mendapat tahu anda terpilih untuk watak ini?

Saya seorang yang sukakan cabaran dan apabila diberi peluang untuk membawa naskah Kelas Belakang sebagai Nik Anaqi, reaksi pertama saya ialah “Why not, saya sudah bersedia untuk momen ini!”. Saya seorang yang sangat bersedia dengan menerima watak baharu. Pelbagai ilmu saya sudah kumpul dan susunkan sebelum menerima sebarang tawaran.

3. Di luar dunia lakonan, apakah sisi diri Zairi yang ramai orang mungkin belum tahu?

Zairi Aziz ialah seorang anak kepada maharugu silat, Raja Aziz Laksamana Hojak Andak. Saya mempelajari silat dari umur 6 tahun sehingga menjadi jurulatih Silat Helang Putih Negeri Selangor. Tidak berhenti di situ, saya turut mempelajari seni pertahankan diri seperti MMA dan Brazilian Jiu Jitsu. Selain itu, saya juga ada kemahiran dalam mempertahankan diri dan mahir dalam pembikinan koreografi tempuran untuk drama dan filem.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zairi Aziz (@zairiaaziz)

4. Bagaimana anda describe gaya fesyen peribadi anda?

Sebagai seorang pelakon, saya seorang yang simple dalam berfesyen, tetapi masih mempunyai karakter dan jiwa dalam gaya peribadi. Demi meninggalkan jejak dengan personaliti yang tidak mampu dilupakan dalam menjalani kehidupan seharian, saya sangat terbuka untuk berfesyen mengikut tema dan keperluan.

5. Adakah anda memang memasang impian untuk menjadi pelakon, atau peluang ini datang secara tidak dijangka?

Pada awalnya, peluang ini datang secara tidak disangka. Bermula dengan penglibatan sebagai pelakon lagak ngeri dalam industri lakonan, barulah hadir impian untuk mempelajari ilmu berlakon. Semakin lama, semakin kuat impian saya untuk berada di dalam industri lakonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zairi Aziz (@zairiaaziz)

6. Siapa figura atau pelakon yang menjadi inspirasi anda dalam bidang lakonan?

Iko Uwais, seorang penggiat seni bela diri dari Indonesia. Dia menjadi contoh yang besar kepada pelakon aksi seperti saya untuk mengejar sasaran dan impian.

7. Apakah matlamat anda dalam industri ini untuk lima tahun akan datang?

Saya mempunyai matlamat yang sangat besar dalam industri. Salah satunya ialah untuk bawa nama Malaysia ke peringkat dunia dalam industri lakonan aksi. Lakonan aksi ialah jalan terluas untuk saya bawa nama Malaysia, sama seperti Iko Uwais yang membawa nama Indonesia. Target ini merupakan matlamat paling besar bagi saya, Zairi Aziz.

 

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’

Bacaan Lanjut
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA

Bacaan Lanjut