YUNA, PENYANYI-PENULIS LAGU DARI MALAYSIA YANG DIRAIKAN OLEH PENDENGAR GLOBAL SERTA DIHORMATI OLEH IKON MUZIK ANTARABANGSA.
Yunalis binti Mat Zara’ai, atau lebih dikenali sebagai Yuna, merupakan antara nama paling signifikan yang muncul dari Malaysia dalam landskap muzik global. Berasal dari Alor Setar, Kedah, Yuna mula menulis lagu dan mempelajari gitar secara sendiri sejak usia remaja. Ketika era digital masih di peringkat awal, Yuna memanfaatkan platform Myspace untuk berkongsi karya.
Menembusi Pasaran Global dengan Identiti Tersendiri
Peralihan Yuna ke pasaran antarabangsa disokong oleh penandatanganan kontrak bersama Fader Label di Amerika Syarikat. Kolaborasi dia bersama Usher menerusi lagu “Crush” mencatat kejayaan besar apabila menduduki carta Billboard Adult R&B. Satu pencapaian penting bukan sahaja untuk dia, tetapi juga untuk representasi artis Asia di industri Barat. Album-album seperti Chapters turut mengukuhkan kedudukannya apabila menembusi carta Billboard, sekali gus mengesahkan kemampuannya untuk bersaing dalam pasaran arus perdana global.
Lebih daripada kejayaan komersial, Yuna membina naratif yang berakar pada keaslian, identiti dan representasi budaya. Muziknya menggabungkan elemen pop dan R&B yang universal dengan penceritaan peribadi sebagai seorang wanita Asia Muslim dalam industri global.
Hubungan emosi ini jelas terpancar menerusi konsert The Valour Hour yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Sebuah persembahan yang diraikan bukan kerana skala produksinya semata-mata, tetapi kerana keintiman dan penghayatan dalam lagu yang dibawakan di atas pentas. Malam tersebut memperlihatkan sisi yang lebih matang dan reflektif, di mana setiap lagu terasa seperti dialog peribadi antara artis dan penonton. Ia bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pengalaman yang merayakan keberanian, kelembutan dan fasa baharu dalam perjalanan muziknya.
Bagi generasi artis tempatan, Yuna membuktikan bahawa kejayaan antarabangsa tidak menuntut penghapusan identiti, sebaliknya memperkukuh suara tempatan di pentas dunia. Dari Myspace ke Billboard, perjalanan dia kekal sebagai simbol keberanian kreatif dan pengaruh jangka panjang Malaysia dalam industri muzik global.
Artikel Berkaitan: YZ LABEL, JENAMA FESYEN YUNA TAMPIL DENGAN KOLEKSI BAHARU
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KEJAYAAN BESAR KABILAN JELEVAN DALAM DUNIA MUAY THAI
Penghias wajah hadapan GLAM Lelaki isu Ogos 2026, Kabilan Jelevan hadir dengan barisan kejayaan sebagai satu kebanggaan di Malaysia.
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
“KUIL CHEEN SWEE SEBAGAI INSPIRASI UTAMA KOLEKSI ALPHINE & ALCHEMY HUNTILANAK,” – RYAN
Koleksi Alphine & Alchemy dari Huntilanak menjadi salah satu koleksi yang dibualkan oleh pencinta fesyen tempatan sepanjang KLFW 2026.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.











