Skip to content

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KINI DUTA 3 JENAMA INI

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KINI DUTA 3 JENAMA INI

Kongsikan artikel ini

Pasangan romantik, Syed Saddiq dan Bella Astillah banyak bekerjasama dengan jenama yang sama sebagai duta jenama masing-masing. 

Nama Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja sering menjadi perhatian dalam dunia politik dan hiburan tanah air, malah kini mereka turut mencuri tumpuan dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Pasangan yang sedang romantik ini sering kali dilihat bersama, menghadiri acara-acara formal dan tidak formal. Terbaharu, pasangan figura popular ini diumumkan sebagai duta bagi tiga jenama tempatan iaitu PrimaValet, Kedai Cincin Ampang dan Kitsui. Kolaborasi ini dilihat sebagai langkah strategik dalam mengukuhkan kedudukan jenama-jenama tersebut dalam pasaran, selain memanfaatkan pengaruh besar kedua-dua personaliti ini di media sosial dan arus perdana.

#1 PrimaValet

PrimaValet merupakan jenama fesyen tempatan yang terkenal dengan rekaan busana sopan, moden dan elegan, khususnya untuk wanita berhijab. Ditubuhkan dengan misi untuk menyediakan pakaian berkualiti tinggi pada harga berpatutan, PrimaValet sering tampil dengan koleksi baju kurung, jubah, kurta dan busana kasual yang sesuai digayakan untuk majlis formal mahupun santai. Kemunculan Syed Saddiq dan Bella Astillah sebagai wajah kempen PrimaValet tahun ini memberi nafas segar kepada jenama ini. Mereka tampil dalam sesi fotografi eksklusif mempromosikan koleksi istimewa, dipercayai berkonsepkan elegan, minimalis dan premium.

#2 Kedai Cincin Ampang

Kedai Cincin Ampang merupakan sebuah perniagaan barang kemas yang semakin dikenali, khususnya dalam penjualan cincin pertunangan dan perkahwinan. Kedai ini menampilkan pelbagai rekaan cincin emas, perak dan berlian dengan harga kompetitif.  Penglibatan Syed Saddiq dan Bella Astillah dalam kempen Kedai Cincin Ampang jelas menimbulkan spekulasi dan perhatian ramai. Kempen mereka memaparkan konsep romantik dan elegan, lengkap dengan visual seolah-olah sesi pertunangan atau perkahwinan.

#3 Kitsui

Kitsui pula merupakan jenama gaya hidup yang memberi tumpuan kepada produk kecantikan dan kesihatan dalaman. Jenama ini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna yang mementingkan penjagaan diri dan keyakinan. Dalam kempen Kitsui, mereke berdua ditampilkan sebagai ikon keyakinan diri dan gaya hidup sihat. Konsep kempen lebih santai dan autentik, menonjolkan rutin harian serta kepentingan penjagaan kesihatan dalaman dan luaran. Bella Astillah dilihat sesuai dengan imej produk kecantikan dan self-care, manakala Syed Saddiq membawa mesej gaya hidup aktif dan disiplin. Gabungan ini memperluaskan sasaran pasaran Kitsui kepada lelaki dan wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Pautan berkaitan: SAMBUTAN LUAR BIASA DRAMA DOA YANG TERLINDUNG, KENALI AKTOR FIRDAUS KARIM

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA'S SECRET FASHION SHOW 2026

SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW 2026

Bacaan Lanjut
SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI

Bacaan Lanjut
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL

Bacaan Lanjut