Skip to content

DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Kongsikan artikel ini

Fall/Winter 2026 bukan sekadar tentang trend, tetapi juga tentang pereka yang membentuk arah baharu fesyen lelaki di pentas global.

Fall/Winter 2026 (FW26) memperlihatkan perubahan menarik dalam landskap fesyen lelaki global. Di pentas Milan dan Paris Fashion Week, tumpuan bukan sahaja diberikan kepada koleksi yang dipersembahkan, tetapi juga kepada individu kreatif yang berada di sebalik visi tersebut. Pereka seperti Jonathan Anderson dan Michael Rider terus menjadi antara figura paling berpengaruh yang membentuk arah fesyen lelaki moden. Keupayaan mereka menggabungkan elemen klasik dengan pendekatan kontemporari menjadikan jenama masing-masing kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah.

Celine Fall 2026 daripada Michael Rider

JW Anderson Men’s Fall 2026 Collection

Bakat Baharu LVMH 

Dalam masa yang sama, musim ini turut menonjolkan kemunculan generasi baharu pereka yang membawa perspektif segar terhadap fesyen lelaki. Beberapa nama seperti pereka Jepun Soshi Otsuki dan Shinya Kozuka semakin mendapat perhatian antarabangsa melalui pendekatan yang menggabungkan tailoring klasik dengan pengaruh budaya Timur dan Barat. Kehadiran bakat baharu ini menandakan peralihan penting dalam industri, di mana identiti peribadi, eksperimen bentuk dan naratif budaya menjadi elemen utama dalam reka bentuk.

SOSHIOTSUKI Men’s Fall/Winter 2026

SOSHIOTSUKI Men’s Fall/Winter 2026

Sementara itu, jenama mapan turut memperlihatkan evolusi kreatif melalui kepimpinan baharu. Contohnya di Giorgio Armani, koleksi FW26 yang diterajui oleh Leo Dell’Orco memberi penghormatan kepada warisan jenama sambil memperkenalkan sentuhan moden melalui siluet yang lebih lembut dan penggunaan fabrik mewah. Pendekatan ini menunjukkan bagaimana generasi pereka baharu mampu mengekalkan identiti rumah fesyen sambil membawa naratif baharu ke pentas runway.

FW26 menegaskan bahawa masa depan fesyen lelaki bukan hanya ditentukan oleh trend, tetapi oleh visi kreatif para pereka yang berani mentafsir semula kod klasik. Sama ada melalui eksperimen siluet, gabungan budaya atau reinterpretasi tailoring tradisional. Mereka inilah yang sedang membentuk landskap fesyen lelaki untuk dekad akan datang.

Artikel Berkaitan: FW26 MEN’S DENIM TRENDS:  DENIM MENJADI ‘TAILORING’ MODEN 2026

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

DIOR JETT, BEG BAHARU FOKUS DIOR UNTUK MUSIM BUNGA 2026

Bacaan Lanjut

5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025

Bacaan Lanjut
LIMA STAILPEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI.

LIMA GAYA ‘STYLISH’ PEDRO PASCAL PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG JONATHAN ANDERSON

Bacaan Lanjut
Stronger With You Armani

A BOLD NEW CHAPTER, MILIKI HARUMAN ARMANI EA STRONGER WITH YOU

Bacaan Lanjut