TENGKU MER, CONTENT CREATOR GENERASI BAHARU MESTI ‘FOLLOW’ DI MEDIA SOSIAL
Tengku Mer membawa perspektif segar dalam dunia fesyen dan gaya hidup digital. Dia menggabungkan keberanian gaya, keaslian diri dan kreativiti kandungan yang memikat perhatian generasi media sosial.
Boleh kongsikan sedikit tentang perjalanan anda dalam penciptaan kandungan? Apa yang memberi inspirasi untuk bermula?
Sejak kecil lagi, memang menjadi impian saya untuk menjadi seorang pencipta kandungan dan bekerjasama dengan jenama. Dulu setiap kali saya pergi bercuti, saya suka merakam dan menyunting vlog sendiri. Tetapi pada masa itu saya tidak memberi fokus yang serius. Ia sekadar untuk keseronokan dan sebagai hobi. Kemudian datangnya tempoh MCO, dan ketika itulah semuanya berubah. Sepanjang MCO, saya mula memuat naik kandungan jenis POV secara konsisten, dan ia mula menarik perhatian orang ramai. Pada masa yang sama, jumlah pengikut saya juga semakin meningkat.
Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi anda? Adakah ia berubah dari semasa ke semasa?
Saya akan menggambarkan gaya saya sebagai “fluid”. Saya bukanlah lelaki yang paling maskulin dalam bilik, tetapi juga bukan yang paling feminin. Saya boleh menyesuaikan gaya mengikut acara atau suasana. Jika kod pakaian ialah James Bond 007, saya akan hadir dengan sut lengkap dan mungkin menjadi antara lelaki paling kacak dalam bilik itu. Tetapi jika tema acara lebih unik seperti furry, saya boleh muncul dengan kot bulu putih yang besar dan menjadi tumpuan acara, hehe. Jadi saya boleh menjadi kedua-duanya. Saya boleh kelihatan cantik, dan saya juga boleh kelihatan kacak. Haha!
Bagaimana anda mengikuti perkembangan dunia fesyen?
Sudah tentu melalui media sosial! Kebanyakan rakan dan kenalan dalam kelompok saya adalah peminat fesyen, jadi dari situlah saya banyak mengikuti perkembangan dunia fesyen. Selain itu, saya juga kerap melayari Pinterest. Banyak inspirasi gaya peribadi saya datang dari situ.
Boleh kongsikan sedikit tentang pilihan peribadi anda untuk koleksi Raya 2026?
Saya sangat suka melihat koleksi raya tahun ini daripada beberapa jenama. Pilihan peribadi pertama saya ialah Anaabu. Saya suka detaling pada setiap rekaan. Dan fokus mereka dalam ketelitian memikirkan setiap detail kecil. Seperti butang yang diinspirasikan daripada ketupat palas yang selalu kita makan sewaktu raya. Ilham sebegitu benar-benar membuatkan saya tertarik.
Selain itu, saya juga memilih jenama ASAL Lelaki. Saya suka bagaimana keseluruhan koleksi mereka kelihatan sangat chic dan ringkas. Namun tidak kelihatan membosankan apabila dipadankan dengan samping berwarna terang.
Boleh ceritakan tentang salah satu projek yang paling berkesan atau bermakna bagi anda?
Saya rasa salah satu impian saya yang telah menjadi kenyataan ialah sewaktu berjalan di pentas peragaan KL Fashion Week. Selain bergelar content creator, sejak kecil lagi saya memang berhasrat untuk berjalan sebagai model untuk minggu fesyen. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan oleh pereka untuk memperagakan koleksi mereka. Harap-harap ada rezeki lagi untuk KL Fashion Week 2026.
Apakah nasihat yang anda akan berikan kepada content creator baharu?
Menjadi pencipta kandungan mungkin kelihatan sangat menyeronokkan dan glamor, tetapi anda perlu tahu bahawa di sebaliknya terdapat banyak kerja dan usaha untuk menghasilkan satu kandungan.
Nasihat saya, jika anda ingin memulakan perjalanan sebagai pencipta kandungan, anda perlu mencari kekuatan dan niche anda sendiri. Apa yang anda boleh “jual”. Menjadi diri sendiri yang autentik dalam kandungan adalah cara terbaik untuk berinteraksi dengan pengikut anda. Jangan jadi palsu.
Siapakah inspirasi anda?
Nazreem Musa kerana dia benar-benar menggambarkan apa yang saya gambarkan tentang gaya peribadi saya. Dia boleh menjadi salah seorang lelaki paling tampan dalam sesuatu acara, dan pada acara seterusnya dia boleh menjadi salah seorang yang paling “gorgeous” dalam bilik itu.
Apakah yang boleh kami jangkakan daripada anda pada tahun 2026?
Untuk tahun ini, saya merancang untuk lebih aktif dalam menghasilkan kandungan berkaitan fesyen. Tahun lepas saya lebih fokus untuk membesarkan jumlah pengikut saya di TikTok dengan kandungan jenis POV, jadi nantikan di Instagram saya untuk itu.
Siapakah jenama atau individu impian anda untuk bekerjasama?
Kit Woo. Saya sangat-sangat mengagumi hasil kerjanya dan kreativiti mindanya. Rekaan Kit Woo sangat kompleks, tetapi masih kelihatan chic dan bersih. Harap suatu hari nanti saya dapat bekerjasama dengannya atau memakai rekaan Kit Woo.
Apakah yang anda ingin capai sebelum berumur 30 tahun?
Sebelum mencecah umur 30 tahun, saya ingin benar-benar merasa kukuh dengan siapa diri saya. Bukan sahaja dalam kerjaya, tetapi juga sebagai seorang individu. Saya berharap dapat membina kehidupan yang saya banggakan, di mana saya melakukan kerja yang bermakna, menjaga kesihatan mental dan fizikal. Serta kekal setia kepada diri sendiri. Lebih daripada sekadar mencapai pelbagai pencapaian. Saya mahu melihat kembali hidup saya. Dan tahu bahawa saya hidup dengan penuh kesedaran, belajar daripada pengalaman. Juga dikelilingi oleh orang-orang yang benar-benar penting dalam hidup saya.
Artikel berkaitan: KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI ZAIRI AZIZ, PELAKON MUDA YANG KINI MENJADI REBUTAN
Nama Zairi Aziz kini menjadi salah satu nama pelakon tempatan baharu yang sedang meningkat naik menerusi drama terbaharu, Kelas Belakang.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
SENARAI INFLUENCER LELAKI YANG MENGINSPIRASIKAN SEMPENA HARI LELAKI SEDUNIA
Enam nama ini wajar diberi perhatian kerana mereka membawa impak tersendiri kepada komuniti. Ketahui influencer lelaki yang menginspirasikan.
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.
OSKAR LEE, SEIMBANG ANTARA SUKAN DAN STAIL. “SAYA MEMANG AKTIF SUKAN SEJAK KECIL.”
"Gaya saya banyak berubah. Era “hypebeast streetwear” dulu sudah berakhir, kini berkembang menjadi sesuatu yang lebih matang," Oskar Lee.
5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki berpengaruh, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya.











