7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK
Selebriti lelaki Malaysia telah menjadi salah satu perhatian utama di acara HYROX Singapore 2026 yang diadakan selama tiga hari di Singapura.
AIA HYROX Singapore 2026 telah berlangsung di Stadium Nasional Singapura dari 3 hingga 5 April 2026. Selama tiga hari, acara ini menampilkan format mencabar iaitu 8 larian sejauh 1km dan 8 stesen senaman berfungsi, dengan kategori untuk individu Open/Pro, Doubles, serta pasukan Relay. Antara peserta yang menjadi perhatian ialah bintang Korea, Choi Minho dari SHINee dan rapper Jay Park yang turut menyertai acara itu. Choi Min-ho berganding bersama bintang Physical: 100, Hong Beom-seok dan berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori Doubles Race.
Gandingan ini menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 56:21, memastikan kedudukan teratas dalam kategori mereka. Dalam masa sama, prestasi individu Min-ho turut menyerlah apabila dia menduduki tempat kelima keseluruhan merentasi semua divisyen, dengan pencapaian sempurna tanpa sebarang penalti. Jay Park turut mengambil bahagian dalam acara Men’s HYROX Doubles bagi kategori umur 35–39 tahun bersama jurulatihnya, Park Chan-so.
Namun, yang menjadi perhatian lebih besar bukanlah bintang-bintang antarabangsa ini. Kehadiran wajah selebriti tempatan yang memberi kebanggaan, sebagai wakil dari Malaysia. Jika sebelum ini kita disajikan dengan kandungan gaya hidup dan sukan mereka, Challo Boys kini mengambil langkah semakin besar, untuk menyertai HYROX. GLAM Lelaki akan senaraikan barisan selebriti lelaki tempatan yang turut menyertai HYROX Singapore 2026.
#1 Fazziq Muqris
#2 Nik Rifa’ie

#3 Amir Ahnaf
Ini merupakan pengalaman pertama kali buat beberapa ahli seperti Amir Ahnaf, Fazziq Muqris, Nik Rifa’ie dan Safwan Nazri. Buat Hakimi Noordin, ini merupakan penyertaan kelima buatnya. Ikmal Amry dan Ahmad Ezzrin Loy juga pernah menyertai HYROX sebelum ini. Masing-masing kelihatan bangga dengan pencapaian mereka, as they should!
#4 Ikmal Amry
#5 Ahmad Ezzrin Loy
#6 Hakimi Noordin
#7 Safwan Nazri
Pautan berkaitan: SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI
Aktif dalam bidang berprestasi tinggi, mereka bukan sahaja menguji had keupayaan diri, malah secara tidak langsung pencetus inspirasi buat generasi masa kini
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
INSPIRASI FIT & SIHAT 2026, SAY SHAZRIL, FAZZIQ MUQRIS, IKMAL AMRY SEBAGAI INSPIRASI.
Ikmal Amry, Shawn Pam, dan Fazziq Muqris antara individu yang konsisten mempromosikan gaya hidup aktif dan seimbang. Jadikan mereka ini sebagai inspirasi sihat dan fit untuk tahun 2026.
HYROX: 5 NAMA YANG AKTIF BERTANDING DALAM ARENA KECERGASAN GLOBAL
HYROX semakin mendapat perhatian dengan penyertaan selebriti tempatan. Ini 5 nama lelaki yang aktif bertanding dan serius dalam HYROX.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
#CHALLORUN, GLAM LELAKI SENARAIKAN LIMA CHALLO BOYS BERTUBUH PALING FIT, SIAPA DI TEMPAT PERTAMA?
Challo Run dianjurkan sekumpulan anak muda yang diketuai Aedy Ashraf. Makin mendapat perhatian umum termasuk komuniti setempat dengan aktiviti-aktiviti sihat mereka.











