CALVIN KLEIN RAI PEMBUKAAN BUTIK BAHARU DI PAVILION KL BERSAMA BINTANG SERANTAU & IKON FESYEN TEMPATAN
Butik terbaharu Calvin Klein dibuka di Pavilion KL dan perasmian dimeriahkan oleh Tu Tontawan, Milk Pansa serta selebriti tempatan.
Pembukaan ini diraikan menerusi sebuah acara eksklusif tertutup yang menghimpunkan selebriti, personaliti digital serta pencinta fesyen dalam suasana penuh sofistikated dan moden.
Terletak di antara lokasi utama jenama itu di Malaysia, butik baharu ini seluas kira-kira 3,400 kaki persegi. Ia tampil dengan konsep rekaan terkini dikenali sebagai Store Concept 2.0. Konsep ini selari dengan hala tuju global “Chalk” yang menekankan estetika minimalis moden, sentuhan tekstur lembut dan susun atur ruang yang lebih imersif. Ruang butik ini turut menampilkan elemen signatur seperti meja “wow table” berkemasan plaster putih serta zon aktivasi khas dalam butik yang menjadikan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan eksklusif.

Meraikan pembukaan istimewa butik Calvin Klein di Pavilion KL, Tu Tontawan dan Milk Pansa hadir sebagai tetamu utama. Kedua-dua bintang dari Thailand itu sememangnya sinonim dengan identiti Calvin Klein yang meraikan ekspresi diri, keyakinan moden dan gaya kontemporari. Kehadiran mereka sekali gus menambahkan aura antarabangsa kepada acara tersebut.

Acara ini turut diserikan dengan kemunculan ramai selebriti dan figura fesyen tempatan seperti Meerqeen, Nadhir Nasar, ALVN, Dolla, Zhen Ning, Christinna Kuan, Han Pin Ma, Jane Chuck serta Alicia Amin. Kehadiran barisan nama besar ini memperlihatkan hubungan rapat Calvin Klein dengan komuniti kreatif dan fesyen tempatan yang terus berkembang.

Sepanjang acara berlangsung, para tetamu diberi peluang eksklusif untuk meneroka konsep butik baharu itu. Sambil itu, mereka menikmati pengalaman jenama yang lebih peribadi dan premium. Dari rekaan dalaman yang bersih dan moden hinggalah kepada pemilihan koleksi yang mencerminkan DNA Calvin Klein. Keseluruhan pengalaman tersebut membuktikan komitmen jenama ini dalam menawarkan pengalaman runcit bertaraf global kepada pelanggan di Malaysia.

Butik Calvin Klein di Pavilion Kuala Lumpur telah mula dibuka kepada umum sejak 24 April 2026. Mereka kini menerima kunjungan pelanggan setiap hari.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK
Calvin Klein mengumumkan pelancaran kempen denim Musim Bunga 2026 menampilkan Jung Kook dari BTS, sebagai duta jenama.
EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025
Calvin Klein terus mendefinisikan ulang waktu dengan desain yang berani dan penguasaan denim yang kuat untuk koleksi musim bunga 2025.
JUSTIN BIEBER KEMBALI & NONE OF US ARE IMMUNE!
Siapa sangka obsesi kegilaan pada penyanyi asal Canada ini, Justin Bieber masih tersisa di tahun 2025 and none of us are immune! Antara peranannya sebagai seorang bapa, penyanyi bertaraf antarabangsa dan pelbagai isu berkaitan kesihatan mental dan emosi, jangan lupa dia pernah menjadi salah satu simbol seks terbesar di dunia. Well, he’s here to remind…
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.
WIN METAWIN MEMERIAHKAN PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE TERBESAR PUMA DI MALAYSIA
Acara pembukaan flagship store PUMA yang terbesar di Asia Tenggara dihadiri oleh selebriti Thailand, Win Metawin. Selebriti terkenal dari Thailand, Win Metawin mengejutkan peminatnya dengan kehadirannya di majlis pembukaan flagship store PUMA di Sunway Pyramid Mall. Flagship store PUMA ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Selain dari Metawin, dia juga ditemani rakan selebritinya yang…
BRIGHT TAMPIL MENGGODA BINTANGI KEMPEN CALVIN KLEIN
Bright tampil menggoda dalam koleksi terkini Calvin Klein musim luruh 2024. Memakai pelbagai helaian denim sebagai inspirasi gaya lelaki masa kini.











