PELANCARAN GLOBAL KOLABORASI COACH DAN BRAIN DEAD MENJADI PERHATIAN
Koleksi tersebut terlebih dahulu diperkenalkan pada 14 Mei di Meatpacking District, New York menerusi pertunjukan runway kejutan yang berlangsung dalam sebuah acara imersif bertemakan taman tema fantasi.
Merangkumi ready-to-wear, beg kulit, kasut dan aksesori, koleksi Coach | Brain Dead diinspirasikan daripada gaya jalanan Tokyo.
Budaya koleksi cenderamata serta imaginasi barangan eksklusif daripada sebuah taman hiburan fiksyen turut diambil kira. Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers dan pengasas bersama Brain Dead, Kyle Ng bekerjasama menghasilkan koleksi yang menggabungkan siluet era 70-an melalui interpretasi gaya 90-an. Mereka akhirnya menampilkan elemen nostalgia, playful dan ekspresi diri yang menjadi DNA kedua-dua jenama.
“Saya sangat terinspirasi dengan komitmen Stuart dan Coach terhadap individuality, sama ada melalui beg kulit berpatina cantik mahupun charms unik pada setiap rekaan,” kata Kyle Ng. “Peluang untuk kami meneroka elemen customization dalam kolaborasi ini benar-benar mencerminkan identiti Brain Dead dan Coach. Brain Dead sentiasa mengenai ekspresi diri. Dari segi budaya mahupun gaya.”

Menurut Stuart Vevers pula, idea untuk membina sebuah dunia imaginasi di sebalik koleksi ini menjadi antara perkara paling menarik sepanjang proses kreatif tersebut.
“Kyle dan saya obses dengan idea merchandise daripada taman hiburan fiksyen. Maskot, cenderamata dan bagaimana peminat fesyen mengumpul serta memperibadikan item mereka dari semasa ke semasa,” katanya.
Tambah Vevers, pengguna hari ini semakin bosan dengan rekaan yang terlalu sempurna dan seragam. Sebaliknya, mereka lebih menghargai item yang mempunyai personaliti dan nilai sentimental.

“Saya suka bagaimana koleksi ini meraikan individuality. Cara orang memperibadikan barang mereka, mengumpul item kegemaran dan membina hubungan emosi dengannya. Semangat optimistik dan self-expression itu jelas terasa dalam keseluruhan koleksi ini,” ujarnya.
Pakaian Sebagai Sorotan Utama Coach & Brain Dead
Dari segi pakaian, koleksi ini mengetengahkan gaya layering yang spontan dan effortless, dengan setiap helaian direka untuk kelihatan seperti koleksi peribadi yang dikumpul dari masa ke masa. Charms kait crochet, patch, pin dan aksesori berlapis menjadi elemen utama, memberikan sentuhan playful dan sentimental pada setiap penampilan.
Antara highlight termasuk gaun gingham potongan bias dengan sulaman, cotton baby doll tops dan pleated plaid skirts yang dipadankan bersama charms dan rantai. Elemen sportswear vintaj pula diterjemahkan menerusi rugby polos, mesh jerseys dan cycling tops yang diinspirasikan daripada gaya jalanan Tokyo. Koleksi ini turut menampilkan leather moto jackets, suede outerwear, graphic T-shirts, pointelle knits dan striped shirting. Ia mengimbangi warisan Coach dengan identiti eksentrik Brain Dead.
Bagi kategori leather goods, elemen customization dan collectability terus menjadi fokus utama. Beg ikonik Tabby tampil dengan crocheted charms, embossed mascot patches dan puff details. Koleksi jacquard bags hadir dalam warna terang seperti merah jambu, ungu dan hijau neon. Empire bags serta beberapa siluet lain pula dihiasi grafik maskot bersaiz besar yang diinspirasikan daripada karakter Kachi, Xerx dan Zilly.

Koleksi ini turut hadir bersama aksesori istimewa seperti soft vinyl charms, button packs, sticker packs, collectible lunchbox dan souvenir cup yang diinspirasikan daripada karakter Xerx. Ia mengukuhkan konsep cenderamata nostalgia dari dunia imaginasi ciptaan Coach dan Brain Dead.
Pelancaran koleksi ini di New York turut mencuri perhatian apabila pertunjukan runway kejutan berlangsung secara spontan di tengah-tengah acara. Para tetamu diminta memberi laluan sebelum model-model muncul memperagakan 14 look daripada koleksi tersebut. Pertunjukan yang berlangsung hanya selama 80 saat itu direka untuk terasa spontan, bertenaga dan menyeronokkan — jauh daripada format pertunjukan fesyen mewah tradisional.
Pautan berkaitan: DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL RAYA 2026: COACH SAMBUT MUSIM RAYA DENGAN KOLEKSI IKONIK
Coach hadir dengan koleksi penuh ikonik dan fesyen, istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang bulan ini.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.
THE GIFT FOR NEW ADVENTURES, KEMPEN ISTIMEWA DARI COACH
Coach hadir dengan kempen musim cuti penuh istimewa, The Gift for New Adventures dan menampilkan barisan duta jenama mereka.











