Skip to content

PIQUADRO LANCAR CORNER BACKPACK YANG MENGGABUNGKAN INOVASI & GAYA MODEN ITALI

PIQUADRO LANCAR CORNER BACKPACK YANG MENGGABUNGKAN INOVASI & GAYA MODEN ITALI

Kongsikan artikel ini

Jenama beg dan aksesori pengembaraan mewah dari Itali, Piquadro, baru-baru ini memperkenalkan inovasi terbaharu mereka, Corner Backpack. 

Direka khas buat individu moden yang sentiasa bergerak antara dunia kerja, gaya hidup, dan pengembaraan global, Corner Backpack hadir dengan konsep yang menggabungkan fungsi pintar bersama estetika elegan Itali. Apa yang menjadikan beg ini unik adalah struktur self-standing inovatifnya.

Corner Backpack Piquadro direka untuk kekal tegak dan mengekalkan bentuknya tanpa mengira berat atau isi kandungan di dalamnya.

Melalui sentuhan pertukangan Itali yang sofistikated, Corner Backpack mencerminkan komitmen Piquadro terhadap rekaan moden yang praktikal. Selain itu, ia juga versatil, dan sesuai dengan rentak kehidupan masa kini. Minimalis namun penuh karakter, ia menjadi simbol gaya buat mereka yang sentiasa bergerak tanpa mengorbankan fungsi mahupun penampilan.

corner backpack piquadro

Kehadiran Chef Wan turut memberikan dimensi yang lebih bermakna kepada pelancaran tersebut. Sebagai figura yang terkenal dengan pengalaman pengembaraan antarabangsa serta kecintaannya terhadap budaya dan makanan dari seluruh dunia, dia dianggap antara duta kulinari Malaysia paling berpengaruh di peringkat global. Selama beberapa dekad, Chef Wan telah menjelajah pelbagai negara, berkongsi kisah serta identiti Malaysia menerusi masakan dan personalitinya yang autentik.

Hubungan eratnya dengan dunia pengembaraan menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang cukup semula jadi. Semangat ingin tahu, sofistikasi, dan ekspresi diri yang dibawa oleh Chef Wan selari dengan falsafah di sebalik Corner Backpack. Sebagai sebuah aksesori yang meraikan mobiliti moden dengan penuh gaya.

corner backpack piquadro

“Chef Wan mewakili perspektif global Malaysia yang unik. Seorang individu yang telah mengembara ke seluruh dunia namun masih kekal dekat dengan identiti, budaya, dan ekspresi dirinya. Semangat itu secara semula jadi mencerminkan falsafah di sebalik Corner Backpack,” ujar wakil Piquadro.

Sepanjang acara berlangsung, para tetamu turut diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat koleksi tersebut menerusi sebuah pengalaman imersif yang menampilkan pembinaan arkitekturnya, inovasi teknikal, serta elemen sofistikasi moden yang menjadi identiti utama beg berkenaan.

corner backpack piquadro

Dengan gabungan inovasi, fungsi, dan gaya kontemporari, Corner Backpack membuktikan bahawa aksesori pengembaraan hari ini bukan sekadar pelengkap gaya hidup, tetapi juga refleksi kepada cara hidup global yang semakin dinamik.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Piquadro

PIQUARDO PERKENAL KOLEKSI FW24: ERA BAHARU ITALI DAN INOVASI TEKNOLOGI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

Bacaan Lanjut