EYE MAKEUP PADA LELAKI, TREND YANG WAJAR DIIKUTI? APA PENDAPAT ANDA?
Hudson Williams, Sombr dan beberapa lagi selebriti Korea cukup hangat diperkatakan baru-baru dek eye makeup yang ditampilkan oleh mereka di acara-acara besar. Sedikit sebanyak mencetuskan perdebatan, sama ada wajar atau tidak lelaki menggayakan trend solekan tersebut.
Trend eye makeup dalam kalangan selebriti lelaki antarabangsa semakin mendapat perhatian selepas beberapa penampilan ikonik di acara fesyen antarabangsa seperti Met Gala 2026 dan pertunjukan Gucci Cruise 2027. Tahun ini, ramai selebriti lelaki tampil berani menggunakan eyeliner, eyeshadow gelap, dan sentuhan glitter sebagai sebahagian daripada identiti fesyen mereka.
Antara yang paling hangat diperkatakan ialah Hudson Williams dengan solekan mata dramatik berinspirasikan filem Black Swan, serta penyanyi generasi baharu Sombr yang tampil dengan gaya smoky eye ala rockstar 80’an. Mereka berdua menjadikan wajah sebagai kanvas untuk mengekspresikan tema Met Gala 2026, iaitu ‘Fashion is Art’.
Trend ini menunjukkan bahawa dunia fesyen moden sudah terbuka terhadap ekspresi diri tanpa batas jantina. Solekan kini bukan lagi sekadar simbol feminin, tetapi satu bentuk seni dan keyakinan diri.
Dalam pertunjukan Gucci Cruise 2027, misalnya, ramai model lelaki menggunakan solekan mata minimal tetapi tajam untuk memberikan aura misteri dan artistik. Gaya seperti ini menjadikan wajah lebih ekspresif dan unik, terutama dalam industri fesyen. Kami sendiri tertarik dengan riasan tersebut kerana ia benar-benar membuatkan kami berhenti scrolling dan ingin tahu lebih lanjut tentang mesej di sebalik penampilan tersebut.
Namun, trend ini tetap mengundang perdebatan. Ada yang melihat eye makeup pada lelaki sebagai simbol kreativiti dan keberanian, manakala sesetengah pihak berpendapat ia bertentangan dengan imej maskulin tradisional. Reaksi terhadap penampilan Hudson Williams di Met Gala juga bercampur-baur. Ada yang memuji keberaniannya mencuba sesuatu yang baharu. Dan ada juga yang menganggap solekannya terlalu keterlaluan.
Walau apa pun pandangan masyarakat, trend ini membuktikan bahawa definisi maskuliniti semakin berkembang. Lelaki hari ini lebih bebas bereksperimen dengan gaya tanpa terlalu terikat kepada stereotaip lama. Sama ada mahu mengikuti trend ini atau tidak, pilihan tersebut bergantung kepada keselesaan dan identiti diri masing-masing. In the end, is a why not?
Imbas trend eye makeup selebriti lelaki yang menarik perhatian GLAM Lelaki
Hudson Williams
Sombr

Damiano David


Felix Stray Kids

Artikel berkaitan: 5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
STRAY KIDS TERUSKAN KEJAYAAN GLOBAL DENGAN MINI ALBUM THIS & THAT
Selepas 9 bulan, Stray Kids, kumpulan terhangat generasi keempat ini akhirnya kembali dengan mini album terbaharu, THIS & THAT.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA
Elak potong rambut last minute! Ini tip lengkap lelaki untuk kekal segak rapi, dari grooming hingga gaya busana di pagi Raya.
THE ORDINARY MEMPERKENALKAN LASH CURL FINISHER: DEFINISI LEMBUT, HASIL SEMULA JADI
Produk terbaru The Ordinary ini menyokong gaya clean beauty dengan lentikan bulu mata yang kemas, selesa dan mudah ditanggalkan.
HAUS NOWHERE BANGKOK KINI DIBUKA DI ICONSIAM
Haus Nowhere Bangkok kini berada di Iconsiam dengan kehadiran Felix Stray Kids, Bright, Win, Orm dan Fourth di hari pembukaan. HAUS NOWHERE Bangkok kini secara rasmi dibuka di Iconsiam, menandakan butik ketiga Gentle Monster dan butik pertama Tamburins di Bangkok. Selepas kejayaan di Seoul, Shanghai dan Shenzhen, projek HAUS NOWHERE tampil sebagai ruang runcit eksperimental…











