Skip to content

ikmal amry glam lelaki

KOLEKSI FILEM DAN DRAMA LAKONAN IKMAL AMRY YANG PALING MENYERLAH

Kongsikan artikel ini

Ikmal Amry antara pelakon yang memiliki pakej lengkap seorang pelakon. Kacak, berupa dan memiliki kebolehan berlakon yang tersendiri. Imbas filem dan drama yang pernah menampilkan Ikmal Amry sebagai pelakon utama. 

Ikmal Amry merupakan antara pelakon lelaki yang menyerlah dalam industri hiburan tahun ini. Ikmal telah mula bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2008, dan drama pertama yang menampilkan lakonannya ialah Gaia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Sepanjang kerjayanya, Ikmal telah membintangi beberapa karya yang berjaya mencuri perhatian penonton di Malaysia. 

Antara karya yang melonjakkan namanya ialah drama web From Saga With Love, yang menampilkan elemen romantik dan kekeluargaan. Dalam drama ini, Ikmal berjaya menonjolkan sisi lembut dan emosional yang dekat dengan jiwa penonton. Ikmal membawa watak Sham, yang juga menampilkan pelakon seperti Siti Khadijah dan Hun Haqeem dalam siri yang sama. Ikmal cukup akrab dengan drama atau filem genre romantic comedy. 

Selain itu, Ikmal turut membintangi drama bersiri Gantung The Series yang diadaptasi daripada novel popular. Drama ini menampilkan tema misteri dan remaja, di mana lakonan Ikmal memberi impak tersendiri dalam menghidupkan jalan cerita yang penuh ketegangan. Dalam satu temubual podcast, Ikmal ada berkongsi yang dia tidak menyangka ditawarkan berlakon dalam Gantung The Series. Drama tersebut merupakan naskhah pertama yang memberi Ikmal peluang untuk membawa watak utama. Ikmal bergandingan dengan pelakon Indonesia, Randy Pangalila. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Ikmal Amry juga terlibat dalam Soloz: Game of Life, sebuah karya (arahan Syafiq Yusof). Yang mengetengahkan dunia e-sukan dan perjuangan seorang pemain profesional. Filem ini memperlihatkan kepelbagaian watak yang mampu dibawanya dengan baik. Hun Haqeem, Noki dan Nia Atasha antara pelakon yang turut berlakon dalam filem ini. 

Seterusnya pada tahun ini, Ikmal turut membintangi The Furious yang sarat dengan aksi dan emosi, memperlihatkan sisi lebih serius dalam lakonannya. Bulan ini, Ikmal sedang giat mempromosikan filem ini bersama pelakon utama lain, Zul Ariffin dan Sky Iskandar. Tidak ketinggalan pada tahun 2025, drama Bukan Ipar Sempurna turut menjadi antara karya yang mendapat sambutan. Ikmal memegang watak sebagai Firash dengan jalan cerita yang berkisar tentang konflik keluarga dan perhubungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Selain itu, Ikmal juga pernah muncul sebagai watak playboy dalam drama Ex Aku Pontianak yang menggabungkan elemen komedi dan seram. Sekali gus, menunjukkan keupayaan Ikmal sebagai pelakon. Filem Pulau pula menampilkan genre thriller romantik yang mencabar, di mana Ikmal membawakan watak yang lebih kompleks. Amelia Henderson dan Alif Satar antara pelakon yang turut sama berlakon dalam Pulau. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Artikel berkaitan: IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

IKMAL AMRY, “SAYA PERCAYA PROGRES LEBIH PENTING DARIPADA KESEMPURNAAN.”

Bacaan Lanjut

ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL

Bacaan Lanjut
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 5 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut
malaikat malam syafiq kyle

SYAFIQ KYLE BAWA WATAK ‘MAT MOTOR’ DALAM MALAIKAT MALAM

Bacaan Lanjut

6 FILEM LOKAL YANG WAJIB TONTON TAHUN INI

Bacaan Lanjut
shah jaszle

TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!

Bacaan Lanjut