RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI
RIMOWA terus memperkukuhkan komitmennya terhadap kreativiti, ketukangan dan inovasi dengan pelancaran kempen For a Lifetime of Lives.
Kempen ini diasaskan sebagai sebuah naratif sinematik yang merentasi generasi. Ia mengikuti perjalanan sebuah bagasi aluminium ikonik RIMOWA yang menjadi saksi kepada pelbagai fasa kehidupan pemiliknya. Ia diarahkan oleh trio pembikin filem Argentina, Pantera. Turut diiringi skor muzik eksklusif hasil ciptaan pemain trompet, komposer serta penerbit terkenal Amerika, Theo Croker. Kempen ini menyampaikan kisah penuh emosi tentang warisan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Kempen global ini mengangkat hubungan istimewa antara pergerakan, tujuan hidup dan objek yang menemani seseorang sepanjang perjalanan masa.
Tiga Episod Penuh Makna
Melalui tiga episod filem pendek, penonton dibawa menyelami perjalanan sebuah trompet dan bagasi aluminium RIMOWA yang melindunginya. Kisah bermula dengan Window Seat, yang memaparkan seorang bapa menyerahkan trompet kesayangannya kepada anak lelakinya sebelum anak itu memulakan perjalanan baharu dalam hidup. Babak ini menjadi simbol kepada perpindahan warisan, impian dan kenangan yang tidak ternilai.

Episod kedua, Run it Back, mengikuti kehidupan anak tersebut yang kini bergelar pemuzik. Dari bilik latihan hingga ke pentas persembahan, episod ini merakam perjalanan seorang artis dalam mencari identiti dan suara tersendiri. Sepanjang perjalanan itu, bagasi RIMOWA turut mengumpul kesan-kesan penggunaan. Daripada calar hingga kemek kecil, yang akhirnya menjadi sebahagian daripada kisah hidup pemiliknya.

Video ini mencapai kemuncak menerusi episod terakhir yang menggambarkan saat-saat tenang sebelum dan selepas sebuah persembahan. Ia menyorot dedikasi seorang pemuzik terhadap seni, serta bagaimana objek yang setia menemani perjalanan hidup mampu menyimpan memori yang melangkaui fungsi asalnya.
Di samping siri filem tersebut, kempen ini turut menampilkan siri fotografi yang dirakam oleh jurugambar terkenal, Tyler Mitchell. Visual yang dihasilkan memperlihatkan pelbagai individu dalam perjalanan masing-masing. Sekali gus, mengukuhkan mesej bahawa setiap bagasi RIMOWA membawa kisah unik yang tersendiri.
RIMOWA Classic Cabin Silver Sebagai Fokus Utama

Menjadi fokus utama kempen ini ialah RIMOWA Classic Cabin Silver, model yang terkenal dengan reka bentuk aluminium beralun yang telah menjadi simbol identiti jenama Jerman tersebut. Dihasilkan secara eksklusif di kilang bersejarah RIMOWA di Cologne, koleksi Classic mencerminkan dedikasi jenama dalam menghasilkan teman perjalanan yang direka untuk bertahan seumur hidup.
Melalui For a Lifetime of Lives, RIMOWA mengangkat falsafah yang menjadi teras jenama itu sejak sekian lama — bahawa perjalanan paling bermakna tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi terbentuk melalui pengalaman, rasa ingin tahu dan keberanian untuk terus melangkah ke hadapan. Seperti bagasi yang menemaninya, setiap perjalanan meninggalkan kesan, membentuk karakter dan menjadi sebahagian daripada warisan yang akan terus dibawa ke masa hadapan.
Pautan berkaitan: RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RIMOWA PERKENAL WARNA BAHARU ORANGE DAN MAGENTA UNTUK KOLEKSI ESSENTIAL & GROOVE
RIMOWA kekal sebagai jenama fesyen gaya hidup yang menyerlah dengan koleksi Essential dan Groove mereka bersama dua rona baharu.
RIMOWA MERAKAM PERJALANAN IKONIK MICHELLE YEOH DALAM SIRI FILEM PENDEK BAHARU
RIMOWA melancarkan siri filem pendek baharu yang menelusuri perjalanan tokoh dunia, dimulakan dengan kisah Michelle Yeoh di Berlinale.
RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN
Tahun baru 2026 disambut dengan koleksi dan kempen terbaru RIMOWA, menampilkan Greg Hsu dan maestro Opera Peking, Geng Qaoyun.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER
Kembali dengan rona baharu iaitu silver, RIMOWA sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam menggabungkan fesyen dan pratikaliti.
KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.
KLFW 2025 mempersembahkan koleksi pereka penuh inovasi dan gaya. Lihat sorotan fesyen yang mencuri perhatian di Kuala Lumpur.











