AARON KWOK CERMINKAN GAYA MUSIM PANAS MODEN DALAM KEMPEN TERBAHARU TOMMY HILFIGER
Legenda Cantopop dan ikon gaya Hong Kong, Aaron Kwok, sekali lagi menjadi wajah utama kepada dunia estetik Tommy Hilfiger.
Kali ini, menerusi kempen Summer 2026 yang diberi judul Step Into A Life In Style. Kempen ini meraikan gaya hidup musim panas yang penuh keyakinan, santai dan sofistikated, sambil memperkenalkan kemas kini terkini kepada koleksi modern prep jenama Amerika ikonik itu.
Dalam siri visual yang dirakam dengan latar suasana musim panas yang elegan, Aaron Kwok membawa penonton menyelami dunia Tommy Hilfiger. Daripada momen santai di atas bumbung bangunan bandar sehinggalah ke destinasi percutian yang tenang. Kempen ini menampilkan interpretasi baharu gaya preppy klasik Amerika yang lebih moden, ringan dan sesuai untuk gaya hidup masa kini.

Dikenali sebagai antara penghibur paling berpengaruh di Asia, Aaron Kwok dipilih kerana karisma, disiplin serta evolusi gayanya yang sentiasa relevan merentasi generasi. Malah, pengasas jenama itu sendiri, Tommy Hilfiger, pernah menyifatkan Aaron sebagai “a true original”. Seorang individu yang mencerminkan semangat kreativiti, keyakinan dan keaslian yang menjadi tunjang jenama tersebut.
Modern Prep Sebagai Identiti Tommy Hilfiger Dan Aaron Kwok
Koleksi Summer 2026 mengetengahkan konsep modern prep yang menjadi identiti baharu Tommy Hilfiger. Siluet yang lebih relaks dipadankan dengan sentuhan jahitan kemas, menghasilkan keseimbangan antara keselesaan dan kemewahan kasual. T-Shirt berjalur, polo klasik, seluar berpotongan longgar serta fabrik ringan menjadi elemen utama yang menyerlahkan gaya musim panas yang sofistikated tanpa kelihatan terlalu formal.

Visual kempen turut memperlihatkan bagaimana pakaian klasik Amerika boleh diolah untuk generasi moden. Aaron tampil dengan gaya yang bersahaja namun kemas, membuktikan bahawa fesyen terbaik tidak semestinya berlebihan. Sebaliknya, ia terletak pada potongan yang tepat, material berkualiti dan keyakinan pemakai.
Kempen ini juga merupakan kesinambungan kepada naratif gaya hidup yang sedang dibina oleh Tommy Hilfiger sepanjang 2026. Satu dunia yang meraikan seni hidup dengan baik, perjalanan, hiburan dan momen-momen santai yang bermakna. Dengan Aaron Kwok sebagai peneraju, kempen ini menghidupkan semula daya tarikan American prep melalui perspektif yang lebih global dan kontemporari.
Melalui Step Into A Life In Style, Tommy Hilfiger bukan sekadar memperkenalkan koleksi baharu, tetapi turut mengajak peminat fesyen untuk menikmati musim panas dengan penuh gaya. Ia adalah penghormatan kepada mereka yang menghargai kesederhanaan yang elegan, keyakinan yang tidak dibuat-buat dan fesyen yang mampu bertahan merentasi masa.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
TOMMY HILFIGER RAIKAN TAHUN KUDA 2026 BERSAMA JISOO
Tahun ini, Tommy Hilfiger raikan Tahun Kuda bersama duta jenama, Jisoo dalam koleksi Lunar New Year yang penuh tenaga dan elegan.
TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH
Kembali untuk kempen ketiga, bintang hiburan Thailand membawa pengaruh global dan semangat perayaan ke dalam kempen 'A Hilfiger Holiday'.
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.











