Skip to content

DUA HARUMAN BAHARU YSL BEAUTY, MYSLF EAU DE TOILETTE INTENSE & LE VESTIAIRE DES PARFUMS COEUR

DUA HARUMAN BAHARU YSL BEAUTY, MYSLF EAU DE TOILETTE INTENSE & LE VESTIAIRE DES PARFUMS COEUR

Kongsikan artikel ini

Dua wangian baharu dari YSL Beauty, Myslf Eau De Toilette Intense & Le Vestiaire Des Parfums Coeur diperkenalkan buat lelaki di luar sana. 

YSL Beauty meneruskan legasi haruman ikoniknya dengan memperkenalkan dua wangian baharu mereka. Wangian ini yang meraikan ekspresi diri serta warisan fesyen rumah Yves Saint Laurent. MYSLF Eau de Toilette Intense hadir sebagai tafsiran baharu maskuliniti moden. Manakala Le Vestiaire des Parfums COEUR memberi penghormatan kepada salah satu simbol paling ikonik dalam sejarah Yves Saint Laurent.

Dua Wangian Maskulin Baharu Buat Lelaki Dari YSL Beauty

MYSLF EAU DE TOILETTE INTENSE: MASKULINITI TANPA BATASAN

Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, rangkaian MYSLF menjadi simbol kepada definisi baharu lelaki moden yang berani menerima setiap sisi dirinya tanpa terikat kepada stereotaip. Kini, YSL Beauty membuka lembaran baharu. Ia menerusi MYSLF Eau de Toilette Intense, haruman yang menampilkan keseimbangan antara kesegaran, sensualiti dan karakter yang lebih mendalam.

Diinspirasikan oleh falsafah pengasasnya, Yves Saint Laurent yang pernah berkata, “I don’t believe in rules. I believe in freedom.” Wangian ini mengajak setiap lelaki meraikan identiti mereka tanpa perlu mengikut jangkaan masyarakat.

ysl beauty baharu

Haruman ini dibuka dengan nota bergamot dan clary sage yang memberikan kesegaran bersih sebelum berkembang kepada orange blossom. Ia merupakan bunga ikonik dalam koleksi MYSLF yang diberi sentuhan mineral moden. Kemudian, ia disempurnakan dengan gabungan patchouli, amber woods, Cashmeran dan white musks yang menghasilkan aroma berkayu, hangat dan meninggalkan efek “second skin” yang sensual tetapi tidak terlalu kuat.

Menurut tiga pewanginya, Daniela Andrier, Christophe Raynaud dan Antoine Maisondieu, cabaran utama adalah menghasilkan eau de toilette yang kekal segar namun memiliki intensiti yang lebih menggoda tanpa menjadi terlalu berat.

Austin Butler Kembali Sebagai Wajah MYSLF

Pelakon Hollywood, Austin Butler, kembali mengetuai kempen MYSLF sebagai duta global YSL Beauty. Diarahkan oleh pengarah Perancis terkenal Romain Gavras, kempen baharu ini menggunakan lagu klasik Dancing with Myself nyanyian Billy Idol sebagai simbol kebebasan, keyakinan dan ekspresi diri.

ysl beauty

Filem pendek tersebut memaparkan Butler menikmati setiap detik kehidupannya dengan penuh spontan, sama ada bersendirian, bersama rakan-rakan mahupun menari dalam hujan. Ia menjadi manifestasi bahawa maskuliniti hari ini bukan lagi mengenai kesempurnaan, sebaliknya keberanian menjadi diri sendiri.

Botol Baharu Yang Lebih Minimalis

Rekaan botol MYSLF Eau de Toilette Intense turut menerima pembaharuan dengan penampilan yang lebih telus. Kali ini, ia hanya menampilkan logo Cassandre hitam yang diacu terus pada permukaan kaca. Rekaan minimalis ini melambangkan identiti yang jujur dan tidak berselindung, selari dengan mesej utama haruman tersebut.

Selain tampil lebih elegan, botol ini menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus kaca kitar semula dan kotaknya diperbuat daripada bahan yang mendapat pensijilan FSC™ MIX sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian YSL Beauty.

LE VESTIAIRE DES PARFUMS COEUR: MENTERJEMAHKAN JANTUNG IKONIK YVES SAINT LAURENT KE DALAM HARUMAN

Turut diperkenalkan ialah Le Vestiaire des Parfums COEUR. Satu wangian yang diinspirasikan daripada Coeur fétiche, aksesori berbentuk hati yang menjadi azimat peribadi Yves Saint Laurent sejak tahun 1961.

ysl beauty

Direka oleh pembuat barang kemas Roger Scemama, aksesori tersebut sering dipakai oleh model kegemaran Yves Saint Laurent pada setiap pertunjukan fesyennya sebelum disimpan semula sebagai simbol tuah di kediaman peribadinya. Kini, simbol bersejarah itu diterjemahkan ke dalam sebuah haruman amber moden yang dibangunkan oleh Master Perfumer Daniela Andrier.

Gabungan Amber Dan Aldehid Yang Berani

COEUR menawarkan interpretasi amber yang berbeza daripada kebiasaan. Wangian ini menggabungkan kehangatan red amber dengan sentuhan aldehid yang memberikan nuansa sejuk dan berkilauan. Ia sekali gus menghasilkan kontras unik antara kelembutan dan ketegasan.

Di bahagian tengah, orris butter memperlihatkan aroma lembut berbedak bersama sentuhan raspberry, violet dan lada hitam. Manakala Ourika Lavender Scent Trek™ dari Maghribi menyuntik karakter herba yang lebih moden. Wangian ini akhirnya disempurnakan dengan Virginian cedarwood, Indonesian patchouli dan cistus absolute, menghasilkan kemasan berkayu yang kaya, sensual dan tahan lama.

ysl beauty baharu

Botol Merah Rubi Sebagai Simbol Godaan

Seperti haruman di dalamnya, botol COEUR tampil dalam rona merah rubi yang menyerlah. Ia melambangkan warna kegemaran Yves Saint Laurent. Selain itu, simbol godaan yang sering menjadi identiti estetik rumah fesyen itu.

Kempen visual COEUR pula diarahkan oleh Ines Dieleman dengan menampilkan model Perancis, Topsy, dalam suasana taman waktu malam yang misteri. Visual tersebut menggabungkan bibir merah, bunga iris putih dan rona hitam ikonik YSL bagi menggambarkan karakter haruman yang penuh kontras namun cukup memikat.

Dengan pelancaran MYSLF Eau de Toilette Intense dan Le Vestiaire des Parfums COEUR, YSL Beauty sekali lagi membuktikan bahawa haruman bukan sekadar pelengkap gaya. Tetapi, medium untuk mengekspresikan identiti, emosi dan keberanian menjadi diri sendiri.

Pautan berkaitan: LE LABO PERKENALKAN KOLEKSI INCENSE, CAMPURAN SENI TRADISIONAL JEPUN DAN KETENANGAN MODEN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA

YSL BEAUTY BLOCK PARTY KUASAI MALAM KUALA LUMPUR DENGAN GAYA

Bacaan Lanjut
MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS

MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS

Bacaan Lanjut
YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

YSL BEAUTY HADIRKAN ICONIC DUO POP-UP DI KLCC

Bacaan Lanjut
DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE

DUA LIPA HANGATKAN KEMPEN YSL LIBRE VANILLE COUTURE

Bacaan Lanjut
PELAKON GEN Z WAJAH BARU PENUH AURA TERSENDIRI.

ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI

Bacaan Lanjut
meerqeen glam lelaki

GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN

Bacaan Lanjut