KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI
Antara sorotan utama pada hari pertama KLFW 2026 ialah kehadiran ALPHA dalam dua pertunjukkan fesyen dalam hari yang sama.
KL Fashion Week sudah bermula minggu ini, pada 3 Ogos 2026 hingga 9 Ogos 2026, menampilkan barisan pereka tempatan yang mempamerkan karya seni mereka. Minggu fesyen ini dibuka dengan rekaan dari Plaza, Nanalyana serta Asyraf Ariff dan ditutupi dengan pereka terkenal Rizman Ruzaini. Selain daripada hasil rekaan mereka yang dipenuhi warna-warni, selebriti tempatan yang hadir turut menjadi perhatian ramai. Bella Astillah, DOLLA, Mira Filzah, Hael Husaini, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi hadir sebagai tanda sokongan buat Rizman Ruzaini.
Sebelum mempamerkan koleksi Lemari Nyona dari Rziman Ruzaini, mereka turut menampilkan koleksi ready-to-wear dari RR By Rizman Ruzaini. Ia turut diserikan dengan kemunculan istimewa kumpulan lelaki sensasi, ALPHA. Membawa aura penuh bertenaga, mereka membuat persembahan lagu Monalisa sebagai persembahan pembukaan. Mereka sekali gus menambahkan elemen dramatik dan hiburan kepada koleksi yang dipersembahkan.
@glamlelaki_my Persembahan pembukaan @RRBYRIZMANRUZAINI di #KLFW2026 oleh @ALPHA, dengan lagu hangat mereka, Monalisa 🔥🔥 #GLAMLelaki #ALPHA #RRByRizmanRuzaini #RizmanRuzaini
Bukan itu sahaja, ALPHA turut mencatatkan dua penampilan istimewa sepanjang hari pertama KLFW 2026. Selain menghiburkan tetamu di pentas Rizman Ruzaini, kumpulan ini juga muncul di pertunjukan ShazNash, membuktikan pengaruh mereka yang semakin kukuh dalam dunia hiburan dan fesyen. Kehadiran ALPHA menjadi antara momen yang paling mencuri perhatian, memperlihatkan bagaimana muzik dan fesyen terus bergerak seiring dalam meraikan kreativiti tempatan.
@glamlelaki_my A little front row moment 😍 @ALPHA @X♡NE @Leona 🦋 @Hariz hamdan @himboniq #GLAMLelaki #ALPHA #XONE #Leona #HarizHamdan
Hari pertama KLFW 2026 berakhir dengan lancar, menjadikan hari kedua dinanti-nanti oleh setiap peminat fesyen di Malaysia. Inilah minggu dimana setiap peminat fesyen menonjolkan pakaian masing-masing, dan menghargai fesyen dengan lebih mendalam. See you on Day 2!
Pautan berkaitan: ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RABANNE 1 MILLION BLACK: HARUMAN BARU, IRAMA RAVE DAN GAYA TANPA BATAS
Terokai Rabanne 1 Million Black, wangian memikat dengan jejak aroma yang cukup berkarakter dan ketahanan sehingga 48 jam.
DANIEL SHER: APA ERTINYA MENJADI LEADER ALPHA?
Daniel Sher berkongsi erti menjadi ketua ALPHA dan cabaran menyatukan tujuh personaliti dalam satu kumpulan.
7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026
Hujung tahun ini, manjakan diri dengan konsert-konsert terbesar yang bakal berlangsung di KL, daripada The First Wave hinggalah Arirang World Tour.
ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI
Rizal Rasid merupakan antara ahli dengan fesyen yang penuh gaya dan versatil, diiktiraf oleh ahli ALPHA sendiri!
NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Izat ALPHA sering tampil dengan warna dan gaya rambut berbeza. Jom lihat evolusi hair colour dan hairstyle Izat yang sentiasa berubah!
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.











