Skip to content

LET'S TALK - PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.

LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.

Kongsikan artikel ini

Peningkatan AI slop yang ketara di KLFW baru-baru ini membuktikan bahawa isu ini tidak boleh lagi diketepikan.

Meskipun KLFW 2026 sudah berakhir, satu isu kekal terpaut di minda GL. Tidak lain tidak bukan, ia adalah tentang AI slop, satu topik yang cukup merisaukan lantaran terbukti peningkatannya.

Bagi yang tidak lazim mendengar istilah tersebut, AI slop merujuk kepada konten yang dijana menggunakan bantuan kecerdasan buatan. Secara asasnya, kandungan generatif AI ini mudah digunakan, mengambil masa yang singkat, dan tidak memakan kos. Namun, bagaimanakah kesannya terungkap di KLFW?

 

Hasil berkualiti rendah

Istilah AI slop tidak berpucuk begitu sahaja. Konten berkualiti rendah yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan sentiasa mempunyai ketidaksempurnaan yang ketara ― sama ada pada kesalahan ejaan, warnanya yang kekuningan, atau model yang kelihatan kaku. Inilah yang dimaksudkan dengan konten yang dianggap kurang usaha, kualiti, dan makna. Dominasi ini juga mula membayangi hasil tulen ciptaan manusia, sekali gus berpotensi merendahkan nilai kepakaran profesional industri kreatif.

 

Melampaui montaj

Apakah tujuan ucapan ketika pertunjukan fesyen jika bukan untuk mengenali maksud dan hasil rekaan? Malangnya, AI slop pada KLFW tahun ini ternyata tidak terhad kepada montaj pertunjukan, iklan tajaan, dan pengumuman. Ia juga dapat dilihat pada ucapan, kapsyen, dan press release oleh rumah-rumah fesyen, biarpun jenama-jenama terhormat. Frasa-frasa seperti “It’s not just about fashion”, “quiet power”, dan “timeless elegance” menjadi terma yang sudah lali didengar lantasan kekerapan penggunaannya yang cukup tinggi. Akibatnya, ucapan yang sepatutnya menjadi medium hubungan antara pereka fesyen dan para tetamu yang hadir berubah menjadi perbualan generik kosong sekadar untuk mengisi masa.

 

What’s next?

Selalu sahaja kita dengari bahawa art can’t be rushed. Namun, peningkatan AI slop terus membuktikan bahawa segelintir aspek, daripada backdrop hingga ke skrip, digesakan tanpa mengira kualiti hasil kerja. Perkara ini cukup membimbangkan terutamanya bagi industri kreatif. Kecerdasan buatan bukan sekadar melemahkan hasil ciptaan organik ― namun juga menjadi barah bagi konten yang terperinci, berkualiti, dan membina koneksi.

Artikel berkaitan: 8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
5 PEREKA FESYEN BAHARU WAJIB TONTON DI KLFW26

5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID

Bacaan Lanjut
KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

KLFW 2026 RECAP HARI PERTAMA: ALPHA CURI TUMPUAN DI PENTAS RIZMAN RUZAINI

Bacaan Lanjut