GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA
Zeekr 7X, model SUV elektrik kegilaan ramai, kini hadir dalam monokromatik hitam serba elegan, Zeekr 7X Black Nova.
Setahun menuju prestasi pasaran kukuh, Zeekr kini mempersembahkan Zeekr 7X Black Nova edisi terhad, hadir dengan prestasi Zeekr 7X AWD dan berfalsafah estetika sofistikated. Bertemakan “Singular shade, rarely yours”, wajah baharu jenama EV Premium No.1 Malaysia ini dihasilkan hanya dalam 200 unit, menambahkan eksklusiviti dan individualiti bagi setiap pemilik. Rona serba hitam menyaluti badan dan roda 20 inci, manakala bahagian dalam disaduri warna hitam dan kelabu. Hasilnya? Visual berani yang juga seiring dengan penggunaan harian.
Rangkaian teknologi tinggi
Daya tarikan bagi automobil edisi terhad ini tidak terhenti kala luaran. Disebalik rupa yang tampan, Zeekr 7X Black Nova menawarkan kuasa sehingga 475 kW (646 PS), dengan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 3.8 saat. Ia disokong oleh seni bina voltan tinggi 800V termaju, membenarkan pengecasan ultra pantas, iaitu dari 10% hingga 80% dalam masa serendah 16 minit. Merentasi barisan varian Zeekr 7X yang lebih luas, model ini menawarkan jarak pemanduan WLTP sehingga 615km, mengukuhkan daya tarikannya sebagai SUV elektrik premium yang dibina untuk prestasi dinamik dan keyakinan harian.
Mengutamakan teknologi dan keselesaan, model ini juga dipaut dengan pelbagai rangkaian ciri pintar. Antaranya termasuklah bantuan pemanduan, perlindungan keselamatan 720°, sistem audio imersif Zeekr Sound Pro, pintu automatik tanpa bingkai, dan pengudaraan dan urutan tempat duduk hadapan.
Amalan mampan Zeekr 7X
Tidak dilupakan, kelestarian yang terselit mengiringi jenama ini. Kenderaan elektrik oleh Zeekr memautkan Seni Bina Pengalaman Lestari (SEA) dan merangkumi teknologi bateri, sistem pengurusan bateri, teknologi motor elektrik, dan rantaian bekalan kenderaan elektriknya sendiri. Visinya menggabungkan teknologi canggih dengan reka bentuk yang elegan, disokong oleh nilai-nilai kesaksamaan, kepelbagaian dan kemampanan.
Edisi terhad ini dapat dimiliki dengan harga RM237,000, termasuk waranti kenderaan, waranti bateri, dan perkhidmatan sambungan percuma.
Pautan berkaitan: 5 KERETA F1 YANG PALING MAHAL PERNAH DIJUAL DI AUCTION
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.











