Skip to content

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Kongsikan artikel ini

Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.

Dalam dunia yang mementingkan estetika rapi, Luminox hadir menentang aliran. Adicipta The Adventure Watch Siri 1300 baharu diinspirasikan daripada instrumen yang bukan sahaja mengukur masa, namun juga menahannya. Bezel keluli tahan karat IP Antik-gangsanya mencerminkan patina semula jadi, memberikan watak timeworn yang tersendiri. Dua warna menjadi pilihan: tali kulit hitam atau coklat. Kedua-duanya turut disertakan dengan tali getah hitam tambahan untuk pertukaran mudah kalis air.

Saiz 43mm bukanlah sekadar estetika, namun juga menawarkan ketepatan dan daya tahan yang sama. Kristal nilam anti-reflektif memastikan keterbacaan yang jelas. Bertepatan dengan sifat pengembaraan, Luminox Adenture Watch juga membekalkan rintangan air sehingga 20 ATM, menambah keyakinan untuk kegunaan berasaskan air. Seiringan dengan semua jam tangan Luminox, Teknologi Cahaya Luminox memastikan dail terus menyala sehingga 25 tahun, memastikan keterlihatan walaupun dalam kegelapan sepenuhnya tanpa cahaya luaran atau pengaktifan bateri.

Sama ada dalam ekspidisi menavigasi kedalaman sistem gua terpencil di Vietnam, meredah hutan hujan Amazon, atau merentasi bukit pasir Pergunungan Atlas yang luas – Adventure Watch direka bentuk untuk mengiringi keadaan yang paling mencabar. Memenuhi piawaian pembinaan ketenteraan yang ketat, ia merupakan teman yang boleh dipercayai untuk setiap ekspedisi, tidak kira betapa mencabarnya rupa bumi.

Luminox Adventure Watch mengangkat semangat penerokaan yang kekal relevan hingga hari ini, direka buat mereka yang mendambakan pengalaman melangkaui kebiasaan. Jam ini bukan sahaja mengutamakan prestasi, malah membawa kisah dan semangat pengembaraan pada pergelangan tangan.

Pautan berkaitan: BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut

FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS

Bacaan Lanjut
BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut

RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut