Skip to content

LOUIS VUITTON DOLIMITES CLASSIC RUN 2026: MERENTASI VENICE HINGGA MONZA DENGAN GAYA DAN WARISAN

LOUIS VUITTON DOLOMITES CLASSIC RUN 2026: MERENTASI VENICE HINGGA MONZA DENGAN GAYA DAN WARISAN

Kongsikan artikel ini

Louis Vuitton kembali menghidupkan semangat salah satu perjalanan automotif ikoniknya menerusi Louis Vuitton Dolomites Classic Run 2026.

Louis Vuitton Dolomites Classic Run 2026 merupakan sebuah rally empat hari yang menggabungkan kecintaan terhadap kereta klasik, seni perjalanan dan warisan Maison. Acara ini berlangsung dari 1 hingga 4 September 2026. Perjalanan ini membawa 22 buah kereta vintaj istimewa dari koleksi berprestij dunia merentasi laluan dari Venice ke Monza melalui Dolomites. Lebih daripada sekadar sebuah rally, acara ini menjadi pertemuan antara ketepatan pemanduan, sejarah automotif, savoir-faire dan budaya Itali. Semuanya selari dengan hubungan panjang Louis Vuitton terhadap dunia Art of Travel.

louis vuitton dolimites classic

PERMULAAN DI VILLA PISANI

Perjalanan bermula di Villa Pisani di Stra, sebuah kediaman monumental yang dikenali sebagai “Queen of Venetian Villas”. Dibina pada tahun 1720, estet bersejarah ini dikelilingi hampir 14 hektar taman yang diinspirasikan oleh Versailles dan pernah menerima kunjungan tokoh seperti Napoleon Bonaparte serta keluarga diraja Habsburg. Sempena pembukaan Louis Vuitton Dolomites Classic Run 2026, Villa Pisani dibuka kepada orang ramai buat pertama kali selepas kerja-kerja pemulihan estet dan tamannya. Louis Vuitton turut bekerjasama dengan Venetian Heritage Foundation bagi menyokong usaha pemulihan Sala di Bacco, sebuah ruang bersejarah dari abad ke-18.

louis vuitton dolimites classic

Dalam latar seni bina yang sarat dengan sejarah tersebut, kesemua 22 kereta klasik dipersembahkan sebagai satu bentuk pertemuan antara warisan seni bina Itali dan kecemerlangan automotif. Acara ini juga meneruskan hubungan jangka panjang Louis Vuitton bersama Venice’s Civic Museums (MUVE), yang menyaksikan lebih 200 karya seni dipulihkan dan dikembalikan kepada bandar tersebut sejak 2013.

DARI VENICE KE DUNIA KETUKANGAN LOUIS VUITTON

Beberapa kilometer dari Villa Pisani terletaknya bengkel kasut Louis Vuitton di Fiesso d’Artico, di tengah-tengah kawasan Riviera del Brenta. Dibuka pada tahun 2009, bengkel ini menjadi antara contoh kehalusan savoir-faire Maison. Dengan setiap pasang kasut melalui hampir 200 proses kerja tangan yang menggabungkan teknik tradisional dan pendekatan moden.

Kunjungan ke lokasi ini menjadi sebahagian daripada perjalanan yang menghubungkan pelbagai bentuk ketukangan Louis Vuitton. Daripada pembuatan bagasi dan trunk kepada kasut serta objek yang direka khusus untuk perjalanan.

TROFI KEMENANGAN DIPERSEMBAHKAN DI PALAZZO DUCALE

Menjelang malam, Louis Vuitton membawa tetamu ke Palazzo Ducale di Venice untuk memperkenalkan secara rasmi trofi Louis Vuitton Dolomites Classic Run 2026 bersama sebuah Louis Vuitton Trophy Trunk yang direka khas untuk acara tersebut. Trofi edisi kali ini direka oleh Sabine Marcelis dan dihasilkan oleh maison kaca Itali terkenal, Venini. Reka bentuknya mencerminkan pertemuan antara seni kontemporari, ketukangan tradisional dan semangat pergerakan yang menjadi teras kepada perjalanan rally ini.

Trofi tersebut kemudiannya dipersembahkan dalam sebuah Louis Vuitton Trophy Trunk buatan tangan yang dihasilkan oleh para artisan di bengkel bersejarah Louis Vuitton di Asnières-sur-Seine. Dihasilkan dalam kanvas Monogram dan dihiasi simbol ikonik “V” yang merujuk kepada Victory dan Vuitton, trunk tersebut turut menampilkan lozines. Ia merupakan penjuru loyang keemasan serta kunci yang mencerminkan kod estetik Maison.

Ia meneruskan tradisi Louis Vuitton menghasilkan trunk khas untuk membawa trofi dan anugerah sukan paling berprestij di dunia.

“VICTORY TRAVELS IN LOUIS VUITTON”

Hubungan Louis Vuitton dengan dunia sukan dan automotif bukanlah sesuatu yang baharu. Sepanjang sejarahnya, Maison ini telah dipercayai untuk melindungi dan membawa trofi milik beberapa pertandingan paling berprestij dunia. Tradisi tersebut diteruskan melalui penciptaan trunk yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat penyimpanan. Tetapi, turut menjadi simbol kepada kemenangan dan kecemerlangan.

Hubungan tersebut bermula sejak kerjasama dengan America’s Cup pada 1983. Kemudian ia berkembang kepada pelbagai acara antarabangsa termasuk FIFA World Cup, Formula 1 Grand Prix de Monaco, Ballon d’Or dan NBA. Selain itu, Roland Garros, Rugby World Cup, Australian Open serta Paris 2024 Olympics and Paralympics.

Untuk Formula 1 Grand Prix de Monaco, misalnya, Louis Vuitton telah menghasilkan Trophy Trunk bagi edisi 2021 hingga 2025. Kesemua kerjasama ini membawa satu mesej yang sama: “Victory travels in Louis Vuitton.”

GAYA DI PALAZZO DUCALE

Sempena acara pembukaan di Palazzo Ducale, gaya para tetamu turut melengkapkan suasana yang menggabungkan fesyen, seni dan warisan Itali. Giulia Maenza, Friend of the House, tampil dalam gaun putih mesh berlipat yang digandingkan bersama kasut slingback hitam 6am. Penampilannya turut dilengkapi anting-anting dan cincin Idylle Blossom High Jewelry, serta solekan daripada La Beauté Louis Vuitton.

louis vuitton dolimites classic

Sementara itu, Maurizio Lombardi memilih penampilan formal dalam jaket tuxedo double-breasted bersama seluar padanan, kemeja cotton poplin hitam dan kasut LV Kensington derbies. Penampilannya dilengkapkan dengan jam tangan Louis Vuitton Monterey dalam emas kuning.

PERJALANAN YANG LEBIH DARIPADA SEBUAH RALLY

Louis Vuitton Dolomites Classic Run 2026 akhirnya bukan hanya mengenai kelajuan atau kereta klasik. Laluan dari Venice menuju Monza melalui Dolomites dirangka sebagai sebuah perjalanan yang menemukan sukan, budaya, ketukangan, penerokaan dan warisan dalam satu pengalaman. Setiap hentian menjadi sebahagian daripada naratif yang lebih besar. Tentang bagaimana perjalanan mampu menghubungkan manusia dengan tempat, sejarah dan objek yang mempunyai nilai tersendiri.

Dengan 22 kereta vintaj, lokasi bersejarah Itali dan sebuah trofi yang direka khas, edisi 2026 ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana Louis Vuitton terus mentakrifkan semula konsep Art of Travel. Dan kali ini, perjalanan tersebut bergerak di atas empat roda.

Pautan berkaitan: RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
5 ACARA SEKITAR KUALA LUMPUR UNTUK ANDA TEROKAI HUJUNG MINGGU INI!

5 ACARA SEKITAR KUALA LUMPUR UNTUK ANDA TEROKAI HUJUNG MINGGU INI!

Bacaan Lanjut
5 PERKARA YANG LELAKI BOLEH BUAT HUJUNG MINGGU INI UNTUK RESET DIRI

5 PERKARA YANG LELAKI BOLEH BUAT HUJUNG MINGGU INI UNTUK RESET DIRI

Bacaan Lanjut
THE GENTLEMEN SEASON 2: 5 SEBAB KENAPA SIRI INI WAJIB DITONTON OLEH LELAKI

THE GENTLEMEN SEASON 2: 5 SEBAB KENAPA SIRI INI WAJIB DITONTON OLEH LELAKI

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU

RIMOWA PERLUAS NEVER STILL DENGAN KOLEKSI BEG KULIT BAHARU

Bacaan Lanjut