Skip to content

NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA

Kongsikan artikel ini

Daripada satu warna ke warna seterusnya, Izat Ibrahim dari ALPHA memang tak takut bereksperimen.

Gaya rambut Izat Ibrahim, ahli ALPHA memang antara perkara yang sering mencuri perhatian setiap kali dia tampil dengan look baharu. Daripada warna yang lebih subtle hingga tona yang lebih bold, Izat nampaknya tidak pernah takut untuk bereksperimen dengan rambutnya.

Hari ini satu warna, esok mungkin sudah bertukar kepada tona lain. Potongan rambut dan cara penggayaan juga sering berubah, menjadikan setiap gaya rambut Izat hadir dengan vibe yang berbeza. Kalau dikumpulkan semuanya, memang boleh menjadi satu kompilasi khas daripada satu era ke era seterusnya.

IZAT’S HAIR COLOUR ERA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Rambut Izat boleh dikatakan mempunyai garis masa tersendiri. Setiap perubahan warna memberikan vibe yang berbeza, dan menariknya, dia bukan jenis yang sekadar bermain dengan satu tona sahaja. Ada masanya warna rambut tampil lebih gelap dan effortless. Kemudian, tiba-tiba muncul dengan warna yang lebih terang dan statement. Perubahan ini bukan sahaja mengubah rambut, tetapi turut memberikan keseluruhan look Izat satu karakter baharu.

Kalau dikumpulkan semua gaya rambut yang pernah ditampilkan, memang boleh jadi satu kompilasi khas Izat’s Hair Colour Era, jika ingin diberi nama.

WHEN THE COLOUR CHANGES, SO DOES THE VIBE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IZAT (@izthatizat)

Salah satu perkara paling menarik tentang eksperimen rambut Izat ialah bagaimana warna tertentu boleh terus mengubah auranya.

Warna yang lebih gelap memberikan penampilan yang lebih kemas dan matang, manakala tona yang lebih terang terasa lebih playful dan bold. Bila digabungkan dengan potongan dan styling yang berbeza, satu perubahan rambut sahaja sudah cukup untuk menghasilkan whole new look. Dan itulah seronoknya bereksperimen dengan rambut, tak perlu tukar keseluruhan wardrobe pun untuk nampak berbeza.

DARI RONA KE POTONGAN SEMPURNA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IZAT (@izthatizat)

Bukan warna sahaja yang sering bertukar. Potongan dan styling rambut Izat juga memainkan peranan dalam setiap era. Ada gaya yang lebih messy dan effortless, ada yang lebih structured, sementara sesetengah gaya pula dibiarkan menjadi statement utama. Dengan rambut yang kerap berubah, setiap penampilan Izat terasa seperti satu lagi bab dalam evolusi gayanya.

Untuk seorang performer, rambut juga boleh menjadi sebahagian daripada identiti visual. Di atas pentas, dalam penggambaran atau ketika tampil secara kasual, hairstyle yang berbeza boleh memberikan tenaga yang sama sekali berlainan.

JADI, APAKAH GAYA RAMBUT IZAT YANG SETERUSNYA?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IZAT (@izthatizat)

Kalau melihat kepada sejarah eksperimen rambutnya, rasanya agak susah untuk menjangka warna seterusnya yang akan dipilih Izat. Mungkin kembali kepada warna natural? Atau mungkin muncul dengan satu lagi warna yang tidak dijangka? Apa pun pilihannya, satu perkara memang konsisten. Izat tidak takut untuk switch things up. Dan kalau ada satu perkara yang boleh kita expect daripada hair journey Izat, mungkin ia adalah “New Colour, New Cut, New Era”.

Pautan berkaitan: 9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

GL EKSKLUSIF: DISEBALIK PENGGAMBARAN ISU SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA

Bacaan Lanjut
PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

PERSONA AHLI TERMUDA ALPHA, AFIQ SKY

Bacaan Lanjut
7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL

7 FAKTA TENTANG RAPPER UTAMA ALPHA, ARIEL FESOL

Bacaan Lanjut
APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

APA WANGIAN KEGEMARAN AHLI ALPHA? INI 7 PILIHAN MEREKA

Bacaan Lanjut
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEKIRANYA ANDA MEMINATI ALPHA

5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA

Bacaan Lanjut