THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN
Apabila dipetik nama Alicia Amin, apa yang bermain di fikiran adalah matanya yang tajam memukau, ciri wajah yang menyerlah, serta susuk tubuh yang tegap. Namun begitu, perkara yang paling membekas di ingatan—selain sikapnya yang berani dan tidak berselindung—tentulah gaya rambutnya.
Disebalik bermodel dan berlakon, Alicia Amin mempunyai satu lagi bakat yang terserlah: dia benar-benar mampu tampil hebat dengan apa jua perincian rambut. Lihatkan saja penampilannya ketika berambut panjang, berpotongan pixie, malah kini berkepala botak demi wataknya dalam filem terbaharu yang menjadi fenomena, Chelot. Sesiapa sahaja mampu berdandan, namun untuk kekal menawan sama ada berambut mahupun tidak, memerlukan satu bentuk kecantikan yang next level.
Alicia Amin bukanlah seorang figura asing dalam mencuba pelbagai gaya. Lagipun, pelakon 30 tahun ini sudah lama menjadi perhatian umum, iaitu seawal umur 15 tahun bermula tahun 2010. Ketika 22 tahun, Alicia mewakili Malaysia di Asia’s Next Top Model musim kelima. Setelah itu, dia mula melangkah ke bidang lakonan memainkan watak Dr. Sandra dalam siri berjudul Meh Sandar Lagi.
Mungkin pengalaman, atau mungkin keterbukaannya sendiri yang membentuk perilakunya yang tidak rasa bersalah. Apa yang pasti, sikapnya ini juga turut terserlah pada penampilannya. Ini termasuklah dengan penggayaan, cara berjalan, dan semestinya, gaya rambut. Bagi meraikan watak Zahra, penembak hendap Elite Seven berambut buzzcut, GLAM Lelaki menampilkan lima penampilan rambut terbaik oleh Alicia Amin.
1. Pixie cut

2. Rambut panjang blowout

3. Bob
4. Buzzcut
5. Rambut potongan mangkuk
Artikel berkaitan: NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA
BLEU DE CHANEL hadir sebagai gambaran seorang lelaki yang yakin, bebas dan tidak perlu terlalu banyak menjelaskan siapa dirinya.
5 FILEM TERBAIK LAKONAN NADHIR NASAR
Bagi meraikan Chelot, lihatkan lima filem terbaik lakonan pelakon 29 tahun ini.
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
GAYA RAMBUT PALING HANGAT TAHUN 2026
Gaya rambut buat lelaki semakin pelbagai untuk tahun 2026, turut digayakan oleh selebriti dan orang-orang yang penuh gaya.











