Skip to content

DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA

DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini. 

Bagi pencinta wangian, sebuah minyak wangi bukan sekadar gabungan nota yang disusun di dalam botol. Ia adalah sebuah karya hidup yang terus berkembang mengikut masa, bahan mentah dan keadaan dunia yang sentiasa berubah. Justeru, untuk mengekalkan keaslian sesebuah wangian ikonik, formulanya memerlukan perhatian dan penelitian yang sama seperti sebuah karya seni berharga.

Atas dasar inilah Dioriginals diperkenalkan oleh Parfums Christian Dior. Sebuah projek yang mengangkat semula 13 wangian ikonik yang telah membentuk sejarah Maison Dior selama hampir lapan dekad. Diterajui oleh Francis Kurkdjian, Perfume Creation Director di Parfums Christian Dior, bersama studionya dan pasukan kreatif Dior. Projek ini menyaksikan proses pemulihan semula komposisi asal wangian-wangian terpilih bagi mengembalikan semula kecemerlangan, karakter dan keseimbangan olfaktori yang menjadi identiti setiap haruman.

Apabila Wangian Menjadi Sebuah Karya Seni

Menurut Francis Kurkdjian, minyak wangi perlu dihargai dan dipelihara seperti sebuah karya seni yang rapuh serta terdedah kepada perubahan masa. Walaupun formula sesebuah wangian boleh direkodkan untuk selama-lamanya, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya tidak semestinya kekal sama. Ketersediaan bahan mentah, musim tuaian, terroir, perubahan pembekal dan perkembangan perundangan berkaitan bahan tertentu boleh menyebabkan perubahan kecil terhadap formula asal.

Perubahan tersebut mungkin kelihatan halus, namun dari masa ke masa ia berupaya mengubah karakter dan nuansa sesebuah wangian. Melalui Dioriginals, Francis Kurkdjian bersama Dior Perfume Creative Studio mengambil pendekatan yang teliti. Ini semua dihasilkan untuk mendapatkan semula formula asal dan memulihkan keharmonian setiap komposisi. Matlamatnya adalah untuk mengembalikan setiap wangian sedekat mungkin kepada kecemerlangan olfaktori asalnya.

13 Wangian, Satu Warisan Dior

Koleksi Dioriginals menghimpunkan 13 komposisi ikonik yang merentasi sejarah panjang Dior, daripada Diorama yang diperkenalkan pada 1949 hinggalah Forever and Ever dari 2002. Senarai lengkapnya merangkumi Diorama, Eau Fraîche, Diorissimo, Diorling, Diorella, Dioressence, Jules, Dolce Vita, Dune, Dune Homme, Higher, Forever and Everserta Higher Energy.

Koleksi ini turut dibahagikan kepada dua era utama — “Dior in Grasse” dan “Dior in Paris”.

“Dior in Grasse” memberi penghormatan kepada karya-karya besar Edmond Roudnitska, selain Diorling hasil ciptaan Paul Vacher. Era ini menampilkan karakter floral chypre yang begitu penting dalam membentuk identiti olfaktori Dior pada zamannya.

Sementara itu, “Dior in Paris” mengetengahkan wangian-wangian yang lebih moden serta kisah penciptaan di sebalik komposisi tersebut bersama para perfumer yang menghasilkannya.

Kini, lima daripada wangian ikonik Dioriginals — Dune, Diorissimo, Dolce Vita, Forever and Everdan Higher Energy tersedia di butik Dior di Malaysia.

#1 Dune

Dune lahir daripada visi “sebuah taman di tepi laut”. Ia diterjemahkan oleh Dominique Ropion dan Jean-Louis Sieuzac menerusi karakter floral yang sensual dengan sentuhan nota oceanic yang menjadi identitinya. Signature asal green fig, blackcurrant dan amber kembali dihidupkan menerusi blackcurrant bud absolute yang fruity-gourmand serta mandarin yang segar. Ia juga bermandikan cahaya matahari. Lapisan dasar patchouli, sandalwood dan vanilla kemudian disempurnakan dengan musk lembut serta nota liatrix dan civet yang direka semula bagi menghormati karakter ikonik formula asal.

wangian dioriginals

#2 Diorissimo

Diorissimo, karya ikonik Christian Dior pada 1956. Wangian ini mengangkat bunga lily of the valley sebagai nadi utama yang diinspirasikan daripada bunga kegemaran Dior dan obsesi Edmond Roudnitska. Dengan keseimbangan, keanggunan dan kesederhanaan yang tersendiri, Diorissimo berjaya mengabadikan haruman lily of the valley yang segar dan sukar ditangkap dalam dunia wangian. Kini, aura floral legenda ini dihidupkan semula menerusi keseluruhan accord “white lily of the valley” serta kualiti melati baharu yang mengembalikan rona dan karakter asalnya.

wangian dioriginals

#3 Dolce Vita

Dolce Vita tercipta daripada imaginasi tentang sebuah wangian yang lembut dan penuh kelembutan. Dengan gabungan nota floral dan woody dalam komposisi yang tersusun serta saling melengkapi. Rempah sensual, kayu yang voluptuous dan buah-buahan berwarna-warni membentuk komposisi polifonik. Diserikan kontras maskulin-feminin yang unik bersama mawar, cumin, cedar dan sandalwood. Bagi penciptanya, Dolce Vita kekal sebagai antara kenangan paling bermakna dalam perjalanan sebagai perfumer, hasil kefahaman mendalam dan sinergi estetik bersama Maurice Roger, ketika dia mengetuai Dior Parfums.

#4 Forever And Ever

Forever And Ever dicipta dengan ilham untuk menzahirkan keindahan alam musim bunga yang segar dan penuh bunga. Dengan mawar liar yang pedas serta hidup sebagai nadi utama komposisinya. Nota bunga badam yang direka khusus, freesia dan geranium segar kemudian membentuk sejambak floral yang penuh warna dan karakter. Sentuhan ambrette melengkapkan wangian dengan kemanisan lembut serta kesegaran sedikit berbuah. Ini menjadikan Forever And Ever sebuah interpretasi romantik terhadap keindahan musim bunga.

#5 Higher Energy

Higher Energy mengabadikan cahaya kota pada waktu malam. Elektrik, berdenyut dan disinari neon, bermula dengan gabungan green absinthe dan kayu yang tersendiri. Kesegaran grapefruit yang intens serta juniper berry memberikan ledakan dingin, sebelum star anise dan cardamom mencipta kontras hangat-sejuk yang memikat. Diakhiri dasar vetiver dan patchouli yang diterangi sensualnya incense, Higher Energy hadir sebagai komposisi berkuasa yang dicipta dengan penuh kebebasan.

Dioriginals bukan sekadar usaha untuk menghidupkan semula wangian lama. Ia merupakan sebuah projek pemeliharaan warisan perfumery Dior dengan memastikan karya-karya yang telah membentuk identiti Maison dapat terus dihargai dalam bentuk yang menghormati asal-usulnya.

Daripada karya klasik Edmond Roudnitska hingga ciptaan yang lebih moden, setiap wangian menyimpan sebahagian daripada sejarah Dior dan evolusi dunia perfumery.

Kini, Dune, Diorissimo, Dolce Vita, Forever and Ever dan Higher Energy boleh ditemui di butik-butik Dior terpilih di Malaysia. Ia bakal memberi peluang kepada generasi baharu pencinta wangian untuk mengenali semula lima komposisi yang menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang Maison Dior.

Pautan berkaitan: ARMANI BEAUTY I WILL BAWA VISI MASKULINITI BAHARU KE SURIA KLCC

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut