SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
Demam Formula 1 kembali menghangatkan suasana di Litar Antarabangsa Sepang apabila barisan selebriti tempatan turut hadir. Mereka menyaksikan sendiri aksi perlumbaan berprestij yang menghimpunkan nama-nama besar dunia automotif. Bukan sekadar perlumbaan yang dinanti-nantikan, acara F1 turut menjadi antara pentas paling menarik untuk melihat gaya, fesyen dan kemunculan figura popular tanah air yang hadir memberikan sokongan serta merasai sendiri pengalaman di litar.
Daripada pelakon, penyanyi, personaliti media sosial hinggalah kepada ahli politik. Kehadiran mereka mencuri perhatian peminat yang mengikuti perkembangan acara ini di media sosial. Masing-masing tampil dengan gaya tersendiri, ada yang memilih penampilan sporty dan kasual, manakala tidak kurang juga yang menjadikan hari perlumbaan sebagai peluang untuk bereksperimen dengan gaya yang lebih berani dan bergaya.
Lebih menarik, kemeriahan F1 kali ini turut memperlihatkan bagaimana sukan permotoran semakin dekat dengan budaya popular. Deruman enjin, aksi mendebarkan di litar dan suasana penuh tenaga di sekitar Sepang menjadi latar kepada sejumlah momen menarik yang dikongsikan oleh selebriti tempatan menerusi platform media sosial masing-masing.
Antara wajah yang mencuri perhatian termasuk Syed Saddiq dan Bella Astilla, ALVN yang turut berpeluang menyampaikan Pirelli Pole Position Award kepada Max Verstappen, yang turut digelar juara di Sepang. Kehadiran mereka bukan sahaja menambahkan lagi kemeriahan acara, malah masing-masing tampil dengan karakter dan gaya tersendiri yang sememangnya tidak terlepas daripada perhatian peminat.
Jadi, siapa sahaja selebriti tempatan yang turun ke Sepang untuk menyaksikan sendiri aksi F1 kali ini? Jom lihat antara nama yang mencuri perhatian sepanjang acara berlangsung.
#1 Syed Saddiq & Bella Astillah
#2 ALVN
#3 Elfira Loy
#4 Jack Gohr
#5 Leona
#6 Athisha Khan
#7 Meerqeen
#8 Aedy Ashraf
#9 Zhen Ning
Pautan berkaitan: LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
POWER COUPLE DI MALAYSIA: 6 PASANGAN YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI
Power couple di Malaysia cukup ramai dalam kalangan pasangan selebriti dalam industri. Setiap dari mereka cukup menawan dan ikonik.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.
KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.
5 SELEBRITI POPULAR MENGHADIRI MAJLIS PERTUNANGAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan sahaja mencuri perhatian kerana pasangan tersebut, tetapi juga kehadiran barisan selebriti terkenal yang tampil anggun dan bergaya.











