Skip to content

PERJALANAN PENUH HUBUNGAN BELLA ASTILLAH DAN SYED SADDIQ

Kongsikan artikel ini

Baru sahaja selesai akad dalam satu majlis intimate Sabtu lalu, Bella Astillah dan Syed Saddiq kini memulakan babak baru dalam kisah cinta mereka.

Pasangan kegemaran rakyat Malaysia, Bella Astillah dan Syed Saddiq atau lebih dikenali dengan nama singkatan BASS, sah bergelar suami isteri Sabtu lalu pada tarikh yang cukup tersusun, iaitu 10 Oktober atau 10/10/2026.

Bagi meraikan penyatuan hati antara ahli politik berusia 33 tahun itu dan isterinya yang berusia 32 tahun, GLAM Lelaki mengimbas semula detik-detik yang menyatukan pasangan BASS.

 

Permulaan cinta

Kisah Bella Astillah dan Syed Saddiq bermula dengan amat bersahaja, iaitu di stesyen radio pada tahun 2022. Syed Saddiq menyapa Bella dan mereka sempat bertukar gambar. “Syed Syaddiq amat rendah diri dan tidak sombong. Dia akan tetap meluangkan masa untuk orang lain walaupun berasa letih,” ujar Bella.

Meskipun garis masa permulaan cinta mereka kekal misteri, pasangan kekasih itu mula mencetuskan spekulasi apabila kedua daripada mereka sentiasa dilihat bersama. Namun, khabar angin itu semakin memuncak selepas melihat suntingan Syed Saddiq pada bulan Mac 2025. “I’ll cry every mountain, swim every ocean.” bilangnya dalam kapsyen. Tidak dilupakan Bella juga membuat kemunculan di samping bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

 

Babak baharu

Setelah lama memahat rasa curiga antara netizen, BASS akhirnya merasmikan hubungan mereka pada bulan Januari. Ketika dalam ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu yang ditemani oleh anak lelaki sulung Bella, Mohamad Ayden Adrean, Syed Saddiq telah melamar Bella di puncak gunung tersebut, seterusnya menukar menjadi detik yang menyimpan kejutan romantis.

Meskipun merupakan seorang ahli politik, Syed Saddiq tidak pernah segan berkongsi momen-momen intimatenya bersama Bella Astillah. Lihat sahaja suntingan Instagramnya di Bahrain Grand Prix minggu lalu! “Dia mahu menonton F1 dan saya cuma mahu melihat dia gembira. Hari ini, kami berdua mendapat apa yang kami inginkan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Sehari sebelum mereka bernikah, newlyweds itu juga sempat berkongsi gambar pra perkahwinan yang cukup romantik di kota London. Meskipun rancangan asal foto mereka tidak mempunyai sebarang prop, Bella hadir dengan sejambak mawar merah yang diberikan oleh Syed Saddiq pada hari sebelumnya.

Gambar pra pernikahan Bella Astillah dan Syed Saddiq. (Foto: Pinography/Instagram)

 

Sembilan bulan berlalu, kedua pasangan membuka babak baharu dalam hubungan mereka Sabtu lalu di aras 118 Menara Merdeka Maybank. Hantaran Syed Saddiq buat Bella juga cukup bermakna dan menjangkau materialism. Ini termasuk pakej melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana serta wang simpanan. Momen penuh makna itu dihadiri kira-kira 250 tetamu, sementara Bella tampil manis bertudung dalam adi busana Zaimi Zulkafli.

 

Artikel berkaitan: SEKALI LAFAZ, SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH

Bacaan Lanjut
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG

SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG

Bacaan Lanjut
syed saddiq bella astillah

SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026

Bacaan Lanjut
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026

Bacaan Lanjut
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN 'POWER COUPLE' MASIH RELEVAN

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN

Bacaan Lanjut
BELLA ASTILLAH HADIR TANDA SOKONGAN BUAT SYED SADDIQ DI ISTANA KEHAKIMAN

KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN

Bacaan Lanjut