Skip to content

SEKALI LAFAZ, SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Kongsikan artikel ini

SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH KINI BERGELAR SUAMI DAN ISTERI YANG SAH. MAJLIS PERNIKAHAN BERJALAN LANCAR DALAM SUASANA DAN KONSEP SERBA PUTIH DI 118 MENARA MERDEKA MAYBANK. 

bella astillah

Foto: ERA/Instagram

Majlis pernikahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, dan selebriti, Bella Astillah, 32, berlangsung dalam suasana penuh bermakna dengan kehadiran kira-kira 250 tetamu di aras 118 Menara Merdeka Maybank pagi tadi.

Majlis yang menghimpunkan orang kenamaan, kawan terdekat serta ahli keluarga kedua-dua mempelai itu menyaksikan pasangan tersebut tampil anggun dalam persalinan serba putih. Bella mengenakan baju nikah dari pereka, Zaimi Zulkafli.

Menambah seri majlis, pertukaran hantaran turut menjadi antara acara yang mencuri perhatian. Apabila pihak lelaki menyediakan tujuh dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Foto: ERA/Instagram

Antara hantaran istimewa daripada Syed Saddiq buat Bella ialah pakej melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana serta wang simpanan. Memperlihatkan pemberian yang bukan sekadar bernilai material, malah turut membawa makna untuk masa depan.

Sementara itu, pihak Bella membalas dengan beberapa hantaran termasuk sebentuk cincin, buku dan emas.

Foto: ERA/Instagram

Lebih istimewa, pasangan itu turut menerima kejutan berupa tajaan menunaikan umrah. Sebagai hadiah bermakna buat mereka dalam memulakan perjalanan baharu sebagai suami isteri.

Pemilihan konsep serba putih dengan elemen Arabik dan Islamik itu dibuat atas permintaan keluarga. Memberikan sentuhan tersendiri kepada majlis bersejarah berkenaan.

Pernikahan ini menandakan permulaan fasa baharu dalam kehidupan pasangan itu selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac yang lepas. Mereka turut dijadualkan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur pada 18 Oktober ini.

Artikel berkenaan: GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

syed saddiq kahwin

GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH

Bacaan Lanjut
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE

Bacaan Lanjut
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026

8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026

Bacaan Lanjut
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG

SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG

Bacaan Lanjut
FOSSIL SIGNATURE CS-1, LAMBANG KEKINIANNYA KE DUNIA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS

Bacaan Lanjut

SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK

Bacaan Lanjut