5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
#BELLASYEDYES! SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH. KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI PERNIKAHAN PASANGAN INI. AYDEN, ANAK LELAKI BELLA TURUT BERKATA, “NOW I CAN ALREADY CALL SOMEONE MY DADDY”.
Penyatuan Syed Saddiq bersama Bella Astillah menjadi antara momen yang mencuri perhatian ramai hari ini. Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Bukan sekadar meraikan cinta, majlis pernikahan mereka turut diserikan dengan beberapa cerita istimewa yang mempunyai makna tersendiri. Berikut lima fakta menarik tentang hari bahagia pasangan ini.

Foto: ERA/Instagram
1. Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi. Akad nikah disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Syed Saddiq melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Manakala mas kahwin berjumlah RM500 diserahkan kepada Bella.
2. Dihadiri kira-kira 250 tetamu
Majlis yang berlangsung di aras 118 Menara Merdeka Maybank itu dihadiri kira-kira 250 tetamu, seperti YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, YB Khairy Jamaluddin, Nabil Ahmad, Datuk Seri Nancy Shukri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Puan Hannah Teoh.

Foto: ERA/Instagram
3. Konsep serba putih dengan sentuhan Arabic
Pemilihan warna putih menjadi antara elemen utama majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella. Konsep tersebut turut disempurnakan dengan penampilan busana nikah Bella dari pereka, Zaimi Zulkafli.
Gabungan elemen ini memberikan suasana yang klasik dan bersahaja. Selain mengekalkan nilai tradisi dalam meraikan penyatuan dua hati.
4. Pertukaran hantaran yang cukup unik dan penuh makna
Majlis turut menyaksikan pertukaran tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.
Antara hantaran daripada Syed Saddiq buat Bella ialah pakej melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana serta wang simpanan. Sementara itu, Bella membalas dengan hantaran berupa sebentuk cincin, buku dan emas.
Menariknya, pasangan itu turut menerima kejutan berupa tajaan menunaikan umrah.

Foto: ERA/Instagram
5. Gaya comel Ayden dan Ara
Majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah turut diserikan dengan kehadiran dua anak Bella, Ayden dan Ara. Yang menjadi sebahagian daripada detik istimewa keluarga mereka. Dalam satu video rakaman yang dimuat naik dalam Instagram, Ayden kelihatan sangat teruja untuk menyambut momen bahagia ibunya. Ara pula hadir dalam baju yang cukup menawan sempurna dengan bulu-bulu dan hiasan kepala. So cute!
Sumber berita: ERA & Astro Gempak
Artikel berkaitan: SEKALI LAFAZ, SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober.
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.
SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH BAKAL BERNIKAH 10 OKTOBER 2026
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal disatukan pada 10 Oktober ini.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH BUKTIKAN ‘POWER COUPLE’ MASIH RELEVAN
Antara pasangan yang mendapat gelaran power couple pada tahun ini ialah Syed Saddiq dan Bella Astillah yang cukup sepadan.
KINI SYED SADDIQ BEBAS DARI TUDUHAN, BELLA ASTILLAH TURUT HADIR TANDA SOKONGAN
Syed Saddiq kembali ke Istana Kehakiman untuk meneruskan perjuangan dan diiringi dengan sokongan dari ibu bapanya dan Bella Astillah.











