Skip to content

MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini

Kasut bukan sekadar pelengkap penampilan, malah mampu menyerlahkan identiti dan cita rasa seseorang lelaki. Daripada rekaan mewah yang kemas hingga kasut sukan yang sesuai untuk aktiviti harian, setiap pilihan mempunyai daya tarikannya tersendiri. Menariknya, terdapat beberapa jenama yang berasal dari Malaysia dan menawarkan pilihan kasut mengikut keperluan serta gaya hidup lelaki masa kini.

Buat anda yang mahu meneroka jenama kasut tempatan, nama-nama ini wajib masuk dalam senarai!

1. BONIA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BONIA (@bonia)

Bagi lelaki yang menggemari gaya mewah dan klasik, BONIA merupakan antara nama yang boleh diberikan perhatian. Ditubuhkan pada 1974, jenama ini terkenal dengan barangan kulit, beg, aksesori dan kasut yang membawa sentuhan elegan dengan pengaruh seni pertukangan Itali.

Kasut BONIA sesuai untuk lelaki yang mahu tampil kemas tanpa perlu memilih rekaan yang terlalu menonjol. Padankan kasut kulit dengan seluar berpotongan lurus, kemeja dan tali pinggang yang sepadan untuk penampilan yang lebih tersusun. Jika anda menggemari gaya mewah yang tidak berlebihan, pilihan warna hitam dan coklat boleh memberikan sentuhan klasik yang menarik.

2. ZEVE

Bagi lelaki yang mementingkan penampilan rapi, ZEVE menawarkan pilihan yang sesuai untuk gaya moden dan matang. Jenama yang diasaskan oleh Zaid Arif ini bermula dengan kasut buatan tangan sebelum berkembang kepada pakaian dan aksesori lelaki.

Antara rekaan yang boleh diterokai termasuk kasut kulit, kasut bertali dan kasut tanpa tali yang sesuai untuk pelbagai acara. Untuk ke pejabat atau majlis rasmi, anda boleh memilih kasut kulit bersama seluar panjang dan kemeja. Jika mahu penampilan yang lebih santai, padankan kasut dengan seluar berpotongan kemas dan baju polos. Gabungan ringkas seperti ini membuktikan bahawa penampilan menarik tidak semestinya memerlukan terlalu banyak aksesori.

3. DR.CARDIN

Bagi lelaki yang menggemari gaya kemas dan praktikal, Dr Cardin merupakan antara jenama kasut yang boleh diterokai. Jenama ini menawarkan pilihan kasut lelaki yang sesuai untuk melengkapkan penampilan formal mahupun harian. Dr. Cardin turut melancarkan koleksi outdoor mereka, The Overlooked Malaysia.

Untuk ke pejabat atau menghadiri majlis rasmi, kasut kulit Dr Cardin boleh digayakan bersama seluar panjang dan kemeja bagi menghasilkan penampilan yang lebih rapi. Jika mahu gaya yang tidak terlalu formal, pilih padanan pakaian yang ringkas dengan warna neutral. Penampilan yang kemas tidak semestinya rumit kerana pemilihan kasut yang sesuai sudah cukup untuk memberikan sentuhan berbeza.

4. TOMAZ

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomaz (@tomazshoes)

Kalau anda mencari kasut yang boleh digunakan untuk pelbagai keadaan, TOMAZ antara jenama yang wajar diterokai. Diasaskan oleh Thomas Teoh pada 2009, jenama ini menawarkan pelbagai pilihan kasut lelaki, termasuk kasut formal, kasut santai, kasut sukan dan selipar.

Kepelbagaian pilihan ini memudahkan korang mencari kasut mengikut keperluan harian. Untuk gaya santai, kasut sukan boleh dipadankan dengan seluar longgar dan baju-T polos. Bagi penampilan yang lebih kemas, pilih kasut formal bersama seluar panjang dan kemeja. Dengan pilihan yang sesuai, korang boleh tampil bergaya tanpa perlu mengorbankan keselesaan.

5. VOLTRA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VOLTRA (@voltra.pro)

Bagi lelaki yang aktif dan gemar bersukan, VOLTRA membawa fokus yang berbeza menerusi kasut sukan dan larian. Jenama tempatan ini sesuai diterokai oleh mereka yang mencari kasut untuk menemani aktiviti fizikal, sama ada ketika berlari atau menjalani rutin kecergasan.

Selain mengambil kira penampilan, pemilihan kasut sukan perlu mengutamakan keselesaan dan kesesuaian dengan aktiviti yang dilakukan. Anda boleh memadankannya dengan pakaian sukan yang ringkas untuk gaya yang kemas ketika bersenam. Jika mahu menggayakannya di luar aktiviti sukan, pilih padanan pakaian yang bersesuaian supaya penampilan kekal menarik tanpa kelihatan berlebihan.

6. MAKERZ

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAKERZMOVE (@kasutmakerz)

Bagi penggemar kasut santai yang mahu meneroka identiti tempatan, MAKERZ turut menarik perhatian. Jenama ini menawarkan kasut dengan rekaan yang boleh melengkapkan gaya harian, khususnya bagi lelaki yang menggemari penampilan bersahaja dengan sentuhan tersendiri.

Anda boleh meneroka koleksi seperti Orang Lamo, Rentak dan Sarong untuk melihat bagaimana unsur tempatan diterapkan dalam rekaan kasut. Padankan kasut bersama seluar jeans, seluar potongan lurus atau baju-T polos untuk gaya yang lebih santai. Pemilihan kasut yang mempunyai identiti tersendiri juga boleh menjadikan penampilan lebih menarik tanpa perlu bergantung pada pakaian yang terlalu menonjol.

Pautan berkaitan: 5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut