PILIHAN IKONIK CALVIN KLEIN JUNG KOOK UNTUK KOLEKSI HOLIDAY 2026
Calvin Klein kembali meraikan gaya ikonik menerusi kempen Holiday 2026 bersama duta global mereka, Jung Kook dari BTS.
Untuk kempen kali ini, Jung Kook diberi peluang untuk memilih dan menggayakan sendiri rangkaian koleksi ikonik Calvin Klein. Setiap satu merupakan kegemarannya sempena musim perayaan.
Daripada siluet denim yang menjadi identiti jenama hinggalah kepada helaian asas yang versatil. Pilihan peribadi Jung Kook menghimpunkan pelbagai rekaan kegemarannya yang sering menjadi pilihan dari semasa ke semasa. Antaranya termasuklah koleksi seluar jeans, pakaian dalam, knitwear, outerwear serta aksesori.

“ Terdapat beberapa rekaan Calvin Klein yang sentiasa menjadi pilihan saya, terutamanya denim. Untuk koleksi Holiday kali ini, saya seronok bereksperimen dengan beberapa potongan ikonik dan menggayakannya dengan cara baharu. Saya suka bagaimana setiap helaian boleh digayakan secara lebih formal atau ringkas, sambil mengekalkan identiti gaya tersendiri,” ujar Jung Kook.
Diarahkan oleh Alasdair McLellan, kempen ini mengetengahkan sisi peribadi Jung Kook menerusi beberapa momen menarik. Ia termasuk aktiviti membuka hadiah, pemberian hadiah, rutin berpakaian serta cabaran menggayakan helaian fesyen. Pendekatan ini menyerlahkan karakter dan keyakinan bersahaja yang menjadi tarikan gaya penyanyi tersebut.
Pelbagai Rangkaian Pakaian Sempena Koleksi Holiday 2026 Calvin Klein
Bagi Holiday 2026, Calvin Klein turut memperkenalkan rangkaian lapisan pakaian, helaian berlogo serta rekaan bermotif perayaan yang mudah dipadankan bersama denim signatur jenama. Antara yang menjadi tumpuan ialah Barrel Jean dengan potongan santai dan 90s Straight yang menampilkan siluet klasik. Kedua-dua potongan ini boleh digayakan bersama sweater bertekstur marled yarn atau crewneck klasik untuk penampilan kasual yang kemas. Sementara itu, pilihan outerwear seperti jaket aviator, jaket kulit dan jaket motosikal memberikan sentuhan lebih edgy apabila dipadankan bersama Baggy Jean.

Menerusi gabungan helaian klasik dan interpretasi gaya moden, Calvin Klein membuktikan bahawa penampilan musim perayaan tidak semestinya perlu berlebihan untuk tampil menawan. Koleksi Holiday 2026 ini mula diperkenalkan secara global pada 9 November 2026 menerusi butik Calvin Klein, laman web rasmi calvinklein.com serta platform media sosial jenama tersebut.
Pautan berkaitan: OLD ARCHIVES, NEW ATTITUDE: ACNE STUDIOS X HUSSEIN CHALAYAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA
BTS memulakan jelajah dunia Arirang mereka, dimana Jung Kook mempersembahkan fashion feast oleh Balenciaga.
CALVIN KLEIN RAI PEMBUKAAN BUTIK BAHARU DI PAVILION KL BERSAMA BINTANG SERANTAU & IKON FESYEN TEMPATAN
Butik terbaharu Calvin Klein dibuka di Pavilion Kuala Lumpur dan perasmian dimeriahkan oleh Tu Tontawan, Milk Pansa serta selebriti tempatan.
KEMPEN DENIM MUSIM BUNGA 2026 CALVIN KLEIN TAMPILKAN JUNG KOOK
Calvin Klein mengumumkan pelancaran kempen denim Musim Bunga 2026 menampilkan Jung Kook dari BTS, sebagai duta jenama.
EKSPRESI BOLD CALVIN KLEIN UNTUK MUSIM BUNGA 2025
Calvin Klein terus mendefinisikan ulang waktu dengan desain yang berani dan penguasaan denim yang kuat untuk koleksi musim bunga 2025.
JUSTIN BIEBER KEMBALI & NONE OF US ARE IMMUNE!
Siapa sangka obsesi kegilaan pada penyanyi asal Canada ini, Justin Bieber masih tersisa di tahun 2025 and none of us are immune! Antara peranannya sebagai seorang bapa, penyanyi bertaraf antarabangsa dan pelbagai isu berkaitan kesihatan mental dan emosi, jangan lupa dia pernah menjadi salah satu simbol seks terbesar di dunia. Well, he’s here to remind…
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.











