Skip to content

MINUM KOPI SEBELUM PUKUL 9 MEMBAHAYAKAN?

Kongsikan artikel ini

Kopi adalah sejenis minuman pilihan terutama sekali tatkaladiminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat dan menyegarkan mata anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika tidak menikmati kopi di pagi hari.

Namun tahukah anda, sebenarnya ada tempoh masa tertentu yang melarang anda sama sekali untuk menikmati kopi. Biar betul? Berdasarkan sebuah kajian yang dipaparkan di laman web motherjones.com menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.

Ini kerana menurut pakar, sewaktu pagi hari tubuh anda mengandungi hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandung kafein.

Jadi pukul berapa sebaiknya untuk anda minum kopi? Berdasarkan hasil penilitian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine, pakar perubatan telah melakukan penelitian dan dan percaya waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan perhatian anda.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Mac 2017

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR

GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25

GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut