Pengalaman Audio Luar Biasa Huawei M2
January 1, 2016
Inovasi terbaru dari Huawei yang direka khas untuk pengalaman audio-visual yang lebih mengujakan di mana sahaja anda berada.

Audio
Seperti sistem teater rumah yang bergerak, M2 menawarkan pengalaman audio hebat melalui dua stereo speaker dan sistem PA yang jelas dan lebih kuat. Disahkan oleh syarikat audio profesional dunia Harman/Kardon, pelarasan audio oleh syarikat itu memastikan kualiti bunyi yang hebat walau dalam gangguan rendah.
Paparan Skrin
Skrin sentuh 8 inci FHD IPS dengan resolusi 1920×1200 piksel dan 283 PPI menawarkan paparan visual berkualiti tinggi, sesuai untuk tontonan filem dan rancangan televisyen dengan resolusi 1080p HD. M2 juga merupakan tablet pertama menggunakan paparan fungsi Huawei ClariVu yang menghasilkan tiga jenis mode:
- Sun View mode menyesuaikan kontras dan kecerahan paparan skrin bagi memudahkan pengguna untuk membaca atau menonton filem dengan lebih jelas walau berada di bawah sinaran matahari.
- Color Enhancement mode menyesuaikan paparan skrin untuk warna yang lebih dinamik seakan memberi kehidupan pada imej yang dilihat.
- Eye Protection mode pula mengurangkan sinaran cahaya biru yang dipancarkan paparan skrin untuk pengalaman visual yang lebih relaks, terutamanya apabila membaca atau penggunaan tablet untuk tempoh yang lama.
Rekaan
M2 ini terdiri daripada 99.5% logam dan 1.2mm bahan bukan logam lalu memberikan kemasan lebih sempurna apabila disentuh. Hadir dalam rona champagne, tema muzik klasik jadi ilham. Reka bentuk stereo dan dua speaker yang selari bertujuan meningkatkan lagi bunyi agar lebih harmoni. Ianya turut dilengkapi sistem Huawei Emotion UI 3.0 yang menyediakan akses mesra pengguna terhadap video dan gambar.




Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA TENTANG PERNIKAHAN SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH
Syed Saddiq bersama Bella Astillah selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober 2026. Ketahui lima perkaran mengenai pernikahan mereka.
SEKALI LAFAZ, SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH SAH BERGELAR SUAMI ISTERI
Hantaran istimewa daripada Syed Saddiq buat Bella ialah pakej melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana serta wang simpanan.
GAMBAR PRA-PERKAHWINAN SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq melangkah ke alam perkahwinan bersama selebriti terkenal, Bella Astillah, hari ini, 10 Oktober.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026
Tiba masanya untuk update playlist lagu anda sempena bulan Oktober 2026 dengan keluaran lagu-lagu dari artis tempatan.
SELEBRITI TEMPATAN YANG HADIR KE F1 GRAND PRIX BAHRAIN DI SEPANG
Selain dari dentuman kereta F1 hujug minggu yang lalu, kehadiran selebriti tempatan di Sepang turut dinantikan oleh peminat.










