KOMPOSER JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA
Khabar duka menyebelungi di pagi haru penuh keberkatan ini apabila suami kepada penyanyi terkenal Nora, meninggal dunia. Johan Nawawi, seorang komposer terkenal tanah air selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pagi ini. Allahyarham begitu dikenali menerusi ciptaan lagu-lagu hit nyanyian Nora seperti Hanya Satu, Desa Tercinta dan Samudera.


Allahyarham yang berusia 52 tahun dikatakan dibawa ke pusat perubatan berkenaan kerana kondisi kesihatannya yang merosot sejak kebelakangan ini. Menurut sebuah portal berita, dikhabarkan allahyarham mulai demam sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, namun cuba melawan dengan pengambilan ubat-ubatan. Namun pagi tadi, beliau dimasukkan ke pusat perubatan tersebut untuk menerima rawatan kecemasan. Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi.
Nora turut berkongsi perkara itu melalui akaun Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BSAMBAJFbZG/?taken-by=itsnoraariffin
Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI
Boho Mengkuang Nazifi Nasri menggabungkan inspirasi seni tradisional dan estetika moden dalam satu interpretasi fesyen kontemporari.
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI
Jika tiga model Tambour Convergence sebelumnya menonjolkan kemahiran pertukangan tangan, pelancaran Tambour Convergence Mirror Steel pula meraikan daya tahan yang cukup luar biasa.
ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026
ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN
Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith, tiga wajah baharu yang menarik perhatian menerusi filem Kudrat 1968: High Council.











