INI WAJAH TERBARU PELAKON ASAL SIRI TV POWER RANGERS YANG KITA KENALI DULU
Hari ini merupakan hari pertama tayangan filem Power Rangers yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam utama negara. Walaupun timbul sedikit kontroversi berkaitan filem tersebut yang dikatakan punya babak LGBT, namun tayangan filem itu diteruskan tanpa sebarang suntingan. Ini berdasarkan laporan KDN dalam satu kenyataan media berkata filem itu telah diberikan kelulusan dengan klasifikasi P13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 22 Mac lalu. Phew!

Filem Power Rangers (2017) akhirnya lulus dan akan mulai ditayangkan hari ini.
Selain berita gembira ini, apa yang mengujakan adalah beberapa keping gambar yang bertebaran di laman-laman sosial. Selepas 24 tahun, akhirnya mereka kembali! Gambar bintang-bintang asal siri TV Mighty Morphin’ Power Rangers diambil sewaktu tayangan perdana filem itu di Amerika Syarikat baru-baru ini membuatkan ramai dari kalangan penggemar siri itu teruja. Buat pengetahuan anda, siri TV hit ini mula ditayangkan kepada umum pada tahun 1993. (Tekan pada imej untuk lebih jelas)

Dari kiri Austin St. John (aka Jason Lee Scott, Red Ranger), Walter Jones (aka Zack Taylor, Black Ranger), Jason David Frank (aka Tommy Oliver, Green Ranger) dan David Yost (aka Billy Cranston, Blue Ranger).
Gambar di atas menampilkan keempat-empat pelakon asal siri TV itu yang bersedia untuk ‘beraksi’, iaitu Austin St. John (aka Jason Lee Scott, Red Ranger), Walter Jones (aka Zack Taylor, Black Ranger), Jason David Frank (aka Tommy Oliver, Green Ranger) dan David Yost (aka Billy Cranston, Blue Ranger) di karpet merah majlis tayangan filem tersebut. Malangnya, Amy Jo Johnson yang memegang watak Kimberly, Pink Ranger tidak dapat hadir bersama memeriahkan acara. Yang sedihnya, buat anda yang masih belum tahu aktres yang memegang watak Trini Kwan aka Yellow Ranger, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta pada tahun 2001 ketika umurnya 27 tahun.

Thuy Trang dalam kenangan (1973-2001)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.












