Skip to content

REBIRTH TAG HEUER AUTAVIA

Kongsikan artikel ini

Model TAG Heuer Autavia merupakan jam tangan kronograf dengan bezel berputar yang pertama, direka oleh Jack Heuer pada 1962. Model cukup terkenal yang menjadi buruan pencinta jam tangan vintaj.

Menyedari populariti itu, tahun lalu TAG Heuer menganjurkan satu kempen interaktif, the “Autavia Cup”, di mana komuniti peminat jenama ini dijemput untuk memilih satu daripada 16 model vintaj kronograf Autavia untuk dikeluarkan semula menjelang Baselworld 2017.

Lebih daripada 50,000 warga web membuang undi sepanjang kempen tersebut, dan keputusannya pun sudah diketahui: model Autavia “Rindt”, model 1966 yang dipakai oleh pelumba F1 terkenal Jochen Rindt. Dan inilah interpretasi baru model Autavia “Rindt”, diperkenalkan di Baselworld baru-baru ini.

Rekaannya mengambil ilham ekspresi estetika tahun ’60-an yang kini dipadukan dengan fungsi-fungsi kontemporari. Bezel aluminium putaran dua-arah warna hitam memegang case 42mm (case asal cuma 39mm) yang dimuatkan dail hitam dan tiga sub-dail putih.

Dikuasai pergerakan kronograf kaliber Heuer-02, generasi baru Autavia ini bercirikan kaliber self-winding, rizab kuasa 80 jam, tingkap tarikh pada posisi 6, dan kalis air hingga 100m. Sentuhan unik termasuk rekaan mushroom crown dan tali kulit dengan jahitan ecru yang sengaja dijadikan distressed untuk menaikkan aura vintaj pada model.

Malah, bacaan masa tampil jelas dengan adanya indeks dan jarum yang disaluti Super-Luminova warna beige, cerminan patina yang wujud pada jam-jam lama. Pilihan gelang keluli “beads of rice” juga ditawarkan untuk mereka yang mahu sesuatu lebih elegan.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut
AUDEMARS PIGUET 'THE WATCH KEEPERS': TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF

Bacaan Lanjut
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI

Bacaan Lanjut
MUARA HOROLOGI: SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER

Bacaan Lanjut
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA IWC. ENGINEERED KE PAVILION KUALA LUMPUR

IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut