DAVID BECKHAM SANGGUP HODOH DEMI PROJEK TERBARU
Apa sudah jadi dengan wajah David Beckham? Kelmarin, bekas bintang bola sepak England itu mengejutkan para peminatnya dengan penampilan wajah baharu yang mengundang pelbagai spekulasi. Bintang bola sepak kacak itu telah berkongsi gambar dirinya yang tidak terurus, muka dibaluti kesan parut dan luka, rambut yang hampir botak serta gigi berwarna kuning di laman Instagramnya.

Rata-rata ramai yang memberi komen maklum balas yang terkejut dengan penampilan David Beckham itu. Maklumlah, jika sebelum ini David sentiasa tampil tampan dan menawan, tetapi lain pula kali ini. Antara komen-komen yang diberikan adalah “Tidak! Apa yang sudha terjadi pada wajah kamu?” tulis salah seorang peminatnya. Ada juga peminat yang mengutuk penampilan barunya itu, dan tidak lupa juga ada yang mendoakan agar dia cepat sembuh.
https://www.instagram.com/p/BSLzG2Khkne/?taken-by=davidbeckham
Menurut laporan portal The Sun, gambar berkenaan merupakan solekan Beckham untuk kemunculan projek khasnya dalam filem King Arthur yang diarah oleh pengarah terkenal, Guy Ritchie. Dalam filem ini, Beckham memainkan watak sebagai seorang pahlawan yang penuh emosi. Wah, ini bermaksud David Beckham akan menjadi seorang pelakon dan menambahkan satu lagi profesion baru dalam resumenya.

David Beckham bersama pengarah King Arthur, Guy Ritchie.
Khabarnya, filem King Arthur akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 11 May nanti. Sama-sama kita nantikan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI YANG HADIR KE FINAL FIFA WORLD CUP 2026
Perlawanan final FIFA World Cup 2026 tahun ini cukup mengujakan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di seat penonton.
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ
Meriahkan tontonan perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 anda dengan tujuh tayangan awam di sekitar KL & PJ.
IKON Y2K SEBENAR, IMBAS GAYA 2000’S DAVID BECKHAM
Gaya David Beckham pada tahun 2000's menjadi satu perbualan yang cukup ikonik dan sinonim dengan makna sebenar gaya Y2K.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
GENTLE MONSTER BUKA BUTIK FLAGSHIP KEDUA DI SURIA KLCC, BAWA REVOLUSI RETAIL MASA DEPAN
Pengalaman multi-sensori terbaharu, Gentle Monster lebarkan empayar fesyen di Suria KLCC dengan membawakan 'Veggie Collection' Jun ini.
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026
Di dalam demam bola sepak bersama FIFA World Cup 2026, ada pemain-pemain yang dijangka menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini.











