FILEM BIOGRAFI DATUK LEE CHONG WEI BAKAL JADI KENYATAAN
Kisah perjalanan hidup serta kejayaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bakal diabadikan dalam filem dan akan menemui penonton pada 2018. Filem berjudul Menjulang Kejuaraan terbitan CB Pictures Sdn Bhd itu turut disasarkan untuk tayangan peringkat antarabangsa akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.
Berdasarkan laporan media tempatan, melalui temubual bersama Pengarah filem terbitan CJ Pictures Sdn Bhd, Teng Bee berkata pihaknya bagaimanapun masih belum menemui pelakon yang bersesuaian bagi membintangi watak utama sebagai Chong Wei.
“Seramai lebih 2,000 orang hadir bagi sesi uji bakat yang kita lakukan di Kuala Lumpur
, Johor dan Pulau Pinang, dan kita sudah menapis 100 orang. Malah, ada juga pemain badminton dari negara luar seperti Taiwan, China, Singapura dan Hong Kong
hadir ke sesi uji bakat, dan daripada jumlah itu, kita akan buat penilaian semula untuk mengambil pelakon yang bersesuaian.

Sumber foto: Offical FB Datul Lee Chong Wei
Teng Bee, berkata pihaknya juga dalam proses ‘memujuk’ Chong Wei untuk membuat penampilan istimewa dalam filem yang bakal memulakan penggambaran pada sekitar Mei atau Jun ini. Berdasarkan laporan dari portal Astro Awani, pihak penerbit terpaksa menunggu 3 tahun untuk mendapatkan kebenaran dari Datuk Lee Chong Wei untuk bersetuju dengan projek ini. Jadi sama-sama kita nantikan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.












