Skip to content

NEELOFA DAN VIVY YUSOFF TERSENARAI DALAM FORBES 30 UNDER 30 ASIA 2017

Kongsikan artikel ini

Forbes Asia  baru sahaja mengumumkan senarai ’30 Under 30′ Asia dan apa yang menggembirakan, seramai 10 orang usahawan tempatan berjaya memasuki senarai tersebut. Ternyata senarai ini sentiasa menjadi batu ukuran akan kejayaan dan pengaruh usahawan-usahawan ini yang terdiri dari pelbagai bidang dan cabang. Yang pasti, dua usahawan wanita terkenal iaitu Neelofa dan Vivy Yusoff turut tersenarai.

Senarai 30 Under 30 Asia ini merangkumi 10 kategori yang mana setiap kategori mempunyai 30 orang yang tersenarai dengan kejayaan masing-masing menjadikan 300 orang kesemuanya. 10 kategori tersebut termasuklah teknologi konsumer, teknologi perusahaan, hiburan dan sukan, seni, kewangan dan ekonomi, industri, pembuatan dan tenaga, penjagaan kesihatan dan sains, usahawan sosial, media, pemasaran dan pengiklanan serta runcit dan e-dagang.

Aktres, hos dan usahawan berjaya dan terkenal, iaitu Noor Neelofa berjaya tersenarai di dalam kategori runcit dan e-dagang. Umum mengetaui Neelofa bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan semata, malah juga dia terkenal sebagai seorang pengasas NH Prima International. Kejayaannya boleh dilihat menerusi pengurusan Naelofar Hijab yang kini terjual di 38 buah negara termasuklah di daerah mewah Chelsea di London. Ternyata cukup membanggakan!

Seorang lagi wanita berpengaruh iaitu Vivy Yusof turut tersenarai. Beliau merupakan blogger dan pengasas bersama FashionValet. Dengan jualan di Indonesia, Brunei, Australia dan United Kingdom, portal beli-belah fesyen itu membawa banyak label fesyen rekaan pereka fesyen terkenal termasuklah skarf serta aksesori jenama Vivy sendiri.

 

Layari pautan ini bawah untuk senarai penuh mereka yang tersenarai.

 Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Oleh Wan Mohd Firdaus, 14 April 2017

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU

Bacaan Lanjut
MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?

MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?

Bacaan Lanjut
DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL

DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL

Bacaan Lanjut
5 WANITA TERKAYA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

5 WANITA TERKAYA DUNIA, SIAPA DI TANGGA TERATAS?

Bacaan Lanjut
SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

SENARAI BILIONAIR FORBES 2023: KANYE WEST TERCICIR, RIHANNA TERGELINCIR

Bacaan Lanjut
NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut