FEAR FACTOR BAKAL KEMBALI DENGAN HOS BARU
Sudah lama kita tidak menonton rancangan realiti kegilaan ramai Fear Factor yang ternyata punya golongan peminatnya tersendiri. Mulai ditayangkan diantara tahun 2011 hinggalah 2016, Fear Factor adalah sebuah rancangan realiti aksi keberanian di mana peserta diwajibkan untuk melalui 3 set cabaran yang sangat mencabar demi memenangi hadiah berupa wang tunai. Yang pasti, paling diingati adalah cabaran ‘makanan’ di mana peserta terpaksa melalui cabaran menelan hidangan yang meloyakan.


Dihoskan oleh pengulas UFC terkenal, Joe Rogan, diterbitkan oleh Matt Kunitz dan David A. Hurwitz dan diarahkan oleh J.Rupert Thompson, Malaysia juga tidak terkecuali menerbitkan edisi Fear Factor Malaysia selama dua musim, iaitu Fear Factor Malaysia pada tahun 2005, dan Fear Factor Selebriti Malaysia sekitar 2012 di mana kedua-dua musim tersebut dihoskan oleh pelakon terkenal Aaron Aziz.

Dan baru-baru ini, khabarnya Fear Factor bakal kembali dan formatnya akan dibikin dan diolah semula. Berdasarkan laporan laman MTV, walaupun tradisi rancangan ini tetap dikekalkan di mana peserta perlu melalui pelbagai aksi mencabar untuk memenangi sejumlah wang tunai ($50K), setiap aksi dalam format baru Fear Factor ini akan diinpirasi dari lagenda purba dahulu kala, filem-filem yang menyeramkan serta video-video yang diviralkan di alam maya dalam mengatasi ketakutan paling besar dalam hidup para peserta.


(Photo credit: MTV.com)
Adakah Joe Rogan bakal kembali? Bad news guys, Joe Rogan tidak akan kembali menghoskan rancangan ini namun khabarnya rapper dan pelakon terkenal, Ludacris bakal mengambil alih tugasan menghoskan Fear Factor format baru ini, yang bakal ditayangkan pada 30 May nanti di saluran MTV. Cant wait!
Jom kita imbas babak-babak paling ngeri dalam sejarah rancangan Fear Factor. Are you ready for this? We hope you are.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











