7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA
Wanita pada zaman kini, pastinya mendambakan seorang kekasih hati mahupun suami yang lebih tinggi daripada mereka. Sekiranya anda lelaki rendah, mereka tidak akan pandang langsung!
Ya, wanita di Malaysia secara puratanya berketinggian 158cm. Jadi lelaki ideal untuk wanita mestilah sekurang-kurangnya berketinggian 164 cm (6cm lebih tinggi). Jika tidak, bagi mereka ia kelihatan kekok dan mengundang kutukan?
Jika semua wanita di Malaysia mahukan lelaki tinggi, bagaimana pula dengan nasib lelaki rendah? Kasihannya. Kajian antarabangsa merekodkan 90% lelaki mahukan teman wanita lebih rendah daripada mereka. Manakala lebih 50% wanita mahukan teman lelaki lebih tinggi.
Apa? Hina sangatkah lelaki yang berketinggian rendah dari wanita? Kami di GLAM Lelaki tidak setuju! Ini kerana ada sebab-sebabnya kenapa lelaki rendah lebih bagus untuk wanita.
7 SEBAB LELAKI RENDAH PASANGAN TERBAIK UNTUK WANITA
1. LEBIH MENGHORMATI WANITA
Lelaki yang selesa dengan teman wanita mahupun isteri yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat yang ada.
Lelaki tersebut secara terangan perasan ‘kekurangannya’ dan akan sentiasa menyokong kamu daripada merendahkan diri kamu. Dia sudah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.
2. SENSITIF

Mengapa kami katakan lelaki pendek ini sensitif? Mana tidaknya, sudah pasti lelaki yang ”pendek” ini akan lebih memahami tentang perasaan bagaimana menjadi seorang manusia yang memiliki ‘kekurangan’ daripada sejak azali.
Ini sekaligus lelaki ini akan lebih bijak menjaga perasaan wanita dan tahu untuk menenangkan teman wanita / isteri apabila masalah membelenggu.
3. BERKEYAKINAN
Bayangkan, seorang lelaki yang rendah berjaya ‘menundukkan’ seorang wanita yang lebih tinggi. Ini membuktikan lelaki rendah tidak perlu bergantungkan kepada saiz semata.
Seadanya mereka serta ditambah dengan keyakinan membuktikan lelaki rendah sama hebat dengan lelaki lain yang lebih tinggi anda. You should be proud man!
4. RENDAH EGO
Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering dipandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki ini mempunyai satu sifat yang lebih relaks.
Cuba bayangkan kalau kamu berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti kamu yang sukar untuk dicari ganti, kan?
5. ENGGAN TUNDUK PADA STREOTAIP

Lelaki bertubuh pendek umumnya tidak peduli dengan streotaip mengatakan mereka tidak layak untuk wanita lebih tinggi dari mereka.
Mereka pasti lebih nekad dan tegas dalam apa yang mereka inginkan, dan pastinya isu ketinggian bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan malah mereka tidak bisa tunduk dengan kecaman dan pandangan serong umum.
6. HIDUP LEBIH LAMA
Apa benar dakwaan ini? Berdasarkan kajian terhadap 300 lelaki yang lahir di antara 1867 hingga 1915 di Pulau Sardinia, Itali secara purata lelaki dalam kategori pendek hidup 2 tahun lebih lama daripada lelaki biasa.
Hasil kajian ini menyamai keputusan 15 kajian yang dilakukan sebelumnya. Malah, mengikut statistik, majoriti lelaki di Pulau Sardinia ini dikatakan hidup lebih lama berbanding lelaki di negara-negara Eropah lain.
7. LEBIH KUAT BEKERJA

Kenapa kami agak yakin dengan kenyataan ini? Ya, secara psikologinya menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi.
Seakan menganggap saiz mereka yang rendah satu motivasi, lelaki rendah dilihat dan tampak lebih berfikiran luas, kreatif serta rajin dalam memajukan diri berbanding mereka yang tinggi.
Teks Wan Mohd Firdaus
Pautan berkaitan: 9 CARA MUDAH UNTUK MENYEMARAKKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.











