Skip to content

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2024

Kongsikan artikel ini

Dari siri “Sweet Home” lakonan Song Kang kepada rancangan aneka ragam terbaharu “My Name is Gabriel” yang menampilkan Park Bo-gum dan Ji Chang-wook, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2024.

Laman penstriman seperti Netflix, Prime Video, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen tempatan. Dari siri hangat “Sweet Home” lakonan Song Kang kepada rancangan aneka ragam terbaharu, “My Name is Gabriel” yang menampilkan Park Bo-gum dan Ji Chang-wook, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2024.

BERIKUT ADALAH 10 RANCANGAN BAHARU YANG MUST WATCH SEPANJANG BULAN JULAI 2024 INI:

1. Sweet Home: Season 3 (Netflix)

Tarikh tayangan: 19 Julai 2024

sweet home 3

Pelakon: Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Go Min-si, Kim Guk-hee, Kim Si-ah, Lee Do-hyun, Cha Jin-ok dan Kang Seung-wan

Sinopsis: Sempadan kehidupan di dunia terbahagia kepada manusia dan raksasa. Ia membuatkan manusia tersepit dengan keputusan yang sukar. Apabila nafsu menguasai, pertembungan pasti akan terjadi.

2. Space Cadet (Prime Video)

Tarikh tayangan: 4 Julai 2024

space cadet

Photo Credit: Eric Liebowitz//Prime Video

Pelakon: Emma Roberts, Poppy Liu, Gabrielle Union, dan Tom Hopper

Sinopsis: Tiffany “Rex” Simpson selalu bermimpi untuk terbang ke angkasa, tetapi kehidupannya tidak seperti yang dirancang. Tidak menyerah kalah, dia dengan bantuan sahabat baiknya telah berjaya terpilih untuk memasuki program angkasawan NASA yang sukar dengan melakukan penipuan pada borang pendaftaran. Mampukah dia untuk menggapai bintang di angkasa sebelum penipuannya terbongkar?

3. Godzilla x Kong: The New Empire (HBO GO)

Tarikh tayangan: 4 Julai 2024

Godzilla x kong

Pelakon: Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Dan Stevens, Kaylee Hottle, Alex Ferns dan Fala Chen

Sinopsis: Filem ini mengikuti pengembaraan Kong untuk mencari keluarganya di lapisan Hollow Earth. Apa yang dijumpainya akan membawa bencana yang dahsyat kepada manusia. Dan, ia hanya boleh ditumpaskan dengan gabungan kuasa antara Kong dan Godzilla.

4. My Name is Gabriel (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 3 Julai 2024

Pelakon: Park Bogum, Ji Chang-wook, Park Myung-soo, Yeom Hye-ran, dan Gabee

my name is Gabriel

Sinopsis: Rancangan ini akan menyaksikan beberapa bintang Korea akan terbang ke destinasi berlainan untuk menjalani kehidupan orang lain selama 72 jam. Mereka perlu tinggal di rumah baharu, dan dan hidup Bersama keluarga lain serta bekerja pekerjaan lain di Ciang Mai, Chongqing, Guadalajara dan Dublin.

5. Beverly Hills Cop: Axel F (Netflix)

Tarikh tayangan: 3 Julai 2024

Beverly Hills Cop

Cr. Melinda Sue Gordon / Netflix © 2024

Pelakon: Eddie Murphy, Judge Reinhold, John Ashton, Paul Reiser, Bronson Pinchot, Joseph Gordon-Levitt, Taylour Paige, dan Kevin Bacon

Sinopsis: 40 tahun selepas kes pertamanya di Beverly Hills, polis Detroit Axel Foley Kembali untuk menyelesaikan kes dan membuat kekecohan.

6. The First Slam Dunk (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 1 Julai 2024

the first slam dunk

Pelakon: Shugo Nakamura, Jun Kasama, Shinichiro Kamio, Subaru Kimura, Kenta Miyake

Sinopsis: Salah sebuah filem anime yang paling berjaya sepanjang zaman, “The First Slam Dunk” mengikuti pelajar sekolah menengah, Ryota Miyagi. Dia mahu mengetuai pasukan bola keranjang Shohoku ke gelanggang kejuaraan Inter-High School National Championship.

7. Sam Morril: You’ve Changed (Prime Video)

Tarikh tayangan: 9 Julai 2024

sam morril

Sinopsis: Dengan gaya yang santai, rancangan komedi istimewa ini menceritakan tentang wanita yang paling teruk dia pernah berjumpa, kompilasi lawak mengenai usia tua dan perspektif peribadinya mengenai kehidupan, dari saluran televisyen kepada media sosial.

8. Tokyo Swindlers (Netflix)

Tarikh tayangan: 25 Julai 2024

Tokyo Swindlers

Pelakon: Go Ayano, Etsushi Toyokawa, Kazuki Kitamura, Jolene Kim, Eiko Koike

Sinopsis: Sekumpualn penipu cuba untuk mendapatkan sebidang tanah utama yang bernilai 10 billion yen. Mereka akan melakukan apa sahaja un tuk memastikan perancangan dan scam mereka menjadi kenyataan.

9. My Spy: The Eternal City (Prime Video)

Tarikh tayangan: 18 Julai 2024

my spy

Pelakon: Dave Bautista, Chloe Coleman, Kristen Schaal, dan Ken Jeong

Sinopsis: Pegawai operasi CIA veteran, JJ dan anak tirinya yang berusia 14 tahun, Sophie bersatu untuk menyelamatkan dunia. Rombongan koir sekolah ke Itali kini menjadi sasaran pengganas untuk memusnahkan Vatican menggunakan nuklear.

10. The Decameron (Netflix)

Tarikh tayangan: 20 Julai 2024

The Decameron

Giulia Parmigiani/Netflix © 2024

Pelakon: Zosia Mamet, Saoirse-Monica Jackson, Tanya Reynolds, Amar Chadha-Patel, Leila Farzad, Lou Gala, Karan Gill, Tony Hale, Douggie McMeekin, dan Jessica Plummer

Sinopsis: Wabak bubonik menyerang seluruh Itali. Sekumpulan bangsawan dan pembantu mereka melarikan diri ke sebuah villa. Kehidupan mewah mereka kini bertukar menjadi pergaduhan untuk menyelamatkan diri.

 

Baca lebih lanjut: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut
5 FILEM TERBURUK LAKONAN AKTOR POPULAR, MENURUT IMDB

5 FILEM TERBURUK LAKONAN AKTOR POPULAR, MENURUT IMDB

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut