Skip to content

must watch June 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JUN 2024

Kongsikan artikel ini

Dari filem buatan Malaysia berjudul “Abang Adik” kepada siri Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams” yang menakutkan, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Jun 2024.

Laman penstriman seperti Netflix, Prime Video, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen tempatan. Dari filem buatan Malaysia berjudul “Abang Adik” kepada siri Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams” yang menakutkan, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Jun 2024.

BERIKUT ADALAH 10 RANCANGAN BAHARU YANG MUST WATCH SEPANJANG BULAN JUN 2024 INI:

1. Abang Adik (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 14 Jun 2024

abang adik

Pelakon: Wu Kang Ren, Jack Tan, Serene Lin, dan Bront Palarae

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang dua adik-beradik tanpa warganegara yang hidup dalam kesusahan di Kuala Lumpur. Kehidupan mereka mula berubah selepas bertemu dengan seorang pekerja sosial yang mahu membantu mereka.

 

2. The Acolyte (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 5 Jun 2024

the acolyte

Pelakon: Amandla Stenberg, Lee Jung-jae, Manny Jacinto, Dafne Keen, Charlie Barnett, Jodie Turner-Smith, Rebecca Henderson, Dean-Charles Chapman, Joonas Suotamo, dan Carrie-Anne Moss

Sinopsis: Siri Star Wars terbaharu ini mengikuti penyiasatan Jedi Master ke atas kes-kes jenayah yang membawanya kepada seorang bekas Padawan yang berbahaya. Selepas beberapa maklumat mula muncul, mereka mengembara bersama untuk mencari kebenaran.

 

4. Melting Me Softly (PRIME VIDEO)

Tarikh tayangan: 13 Jun 2024

melting me softly

Pelakon: Ji Chang-wook dan Won Jin-ah

Sinopsis: Penerbit popular, Ma Dong-chan dan seorang pekerja sambilan yang dibebani hutang, Go Mi-ran mengambil bahagian dalam projek pembekuan selama 24 jam. Tetapi, perkara yang tidak dijangkakan berlaku kerana mereka bangun daripada kapsul beku itu selepas 20 tahun.

 

4. House of The Dragon Season 2 (HBO GO)

Tarikh tayangan: 17 Jun 2024

house of the dragon 2

Pelakon: Matt Smith, Olivia Cooke, Emma D’Arcy, Eve Best, Steve Toussaint, Fabien Frankel, Ewan Mitchell dan Tom Glynn-Carney.

Sinopsis: Musim kedua siri drama HBO Original ini berdasarkan karya Fire & Blood oleh George R. R. Martin. Ia mengisahkan tentang House of Targaryen, 200 tahun sebelum kisah Game of Thrones.

 

5. Welcome to Wrexham Season 3 (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 5 Jun 2024

welcome to Wrexham

Pelakon: Rob McElhenney, Ryan Reynolds, Humphrey Ker, Fleur Robinson, Shaun Harvey, Phil Parkinson, Paul Mullin, Jordan Davies, Aaron Hayden, Ollie Palmer

Sinopsis: Sebuah dokumentari mengenai pengambilalihan Wrexham Football Club oleh bintang Hollywood iaitu Rob McElhenney and Ryan Reynolds. Siri ini mengikuti begaimana mereka sebagai pemilik kelab Red Dragons itu membawakan kegemilangan semula kepada Wrexham FC.

 

6. Hit Man (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 7 Jun 2024

hit man

Cr. Netflix © 2024

Pelakon: Glen Powell dan Adria Arjona

Sinopsis: Bibit percintaan bermula antara seorang pembunuh upahan palsu dan pelanggannya dalam filem komedi yang diinspirasikan daripada kisah sebenar yang liar.

 

7. Assassin Club (HBO GO)

Tarikh tayangan: 15 Jun 2024

Henry golding

Pelakon: Henry Golding, Daniela Melchior, Sam Neill dan Noomi Rapace.

Sinopsis: Seorang pembunuh upahan bertukar menjadi sasaran pembunuhan selepas pembunuh elit menerima kontrak terakhirnya. Dia ditugakan untuk membunuh 7 orang di seluruh dunia, tetapi mereka juga merupakan pembunuh yang ditugaskan untuk membunuhnya. Dia kini hanya mempunyai satu peluang untuk merungkai misteri pembunuhan ini untuk menyelamatkan diri.

 

8. The Bear Season 3 (DISNEY+ HOTSTAR)

Tarikh tayangan: 27 Jun 2024

the bear

Pelakon: Jeremy Allen White, Ayo Edebiri, Ebon Moss-Bachrach

Sinopsis: Musim ketiga siri “The Bear” ini mengikuti Carmen “Carmy” Berzatto, Sydney Adamu dan Richard “Richie” Jerimovich untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka mahu menjadikan The Bear menjadi restoran fine dining daripada hanya sebuah kedai daging.

 

9. Mouse (PRIME VIDEO)

Tarikh tayangan: 20 Jun 2024

mouse

Pelakon: Lee Seung-gi, Lee Hee-joon, Park Ju-hyun, dan Kyung Soo-jin

Sinopsis: Jung Ba-reum adalah seorang plois baharu, yang bekerja di sebuah balai polis kecil. Kehidupannya muila berubah selepas bertemu dengan pembunuh bersiri yang psikopat. Ini membawanya untuk membongkar kebenaran pembunuh bersiri itu bersama Go Moo-chi. Ia juga menimbulkan persoalan mengenai mampukah untuk mengesan seorang psikopat di dalam rahim melalui ujian genetik kandungan?

 

10. Joko Anwar’s Nightmares and Daydreams (NETFLIX)

Tarikh tayangan: 14 Jun 2024

 

Joko Anwar's Nightmares and Daydreams

Cr. Courtesy of Netflix © 2024

Pelakon: Ario Bayu, Fachry Albar, Marissa Anita, dan ramai lagi.

Sinopsis: Sebuah siri menakutkan yang pertama di Indonesia, ia membariskan fenomena-fenomena aneh yang berlaku sepanjang tahun 1985 hingga 2022. Setiap kisah saling berkaitan dan bakal menjawab misteri asal-usul dunia sci-fi yang luar biasa drainada Joko Anwar.

 

Baca lebih lanjut: 10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

5 K-DRAMA TERBAIK LEE JUNG JAE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
TARIKH SIARAN SQUID GAME 2 DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

TARIKH SIARAN SQUID GAME MUSIM KEDUA DIDEDAHKAN DALAM VIDEO TERBARU

Bacaan Lanjut

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut
KENALI ADRIA ARJONA, AKTRES HIT MAN & CINTA HATI BARU JASON MOMOA

KENALI ADRIA ARJONA, AKTRES HIT MAN & CINTA HATI BARU JASON MOMOA

Bacaan Lanjut
CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL

CRAZY RICH ASIANS BAKAL MUNCUL DENGAN DRAMA SEKUEL

Bacaan Lanjut
HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO

HATI JASON MOMOA KINI MILIK AKTRES PUERTO RICO

Bacaan Lanjut