Skip to content

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Kongsikan artikel ini

Pada musim bunga setiap tahun, berlangsungnya CinemaCon, konvensyen teater filem tahunan yang diadakan di Las Vegas.

Sewaktu acara ini, studio filem mempersembahkan treler dan rakaman yang belum pernah didedahkan untuk menarik perhatian pemilik panggung wayang. Tahun ini barisan filem hebat dari pelbagai genre akan menemui penonton. Bukan saja naskah baru dan prekuel, tetapi juga sekuel yang telah lama ditunggu-tunggu seperti Mad Max dan Gladiator.

Lihat filem apakah yang bakal menghiburkan anda sepanjang 2024

1. Kingdom of the Planet of the Apes (8 Mei 2024)

Pelakon: Freya Allan, Lydia Peckham, Owen Teague, Kevin Durand, Dichen Lachman

Sinopsis: Bertahun-tahun selepas pemerintahan Caesar, seekor beruk meneruskan perjalanan di mana ia mula mempersoalkan semua yang dipelajarinya tentang masa lalu. Dalam pada sama ia perlu membuat pilihan yang akan menentukan masa depan spesiesnya dan umat manusia.

 

2. IF (17 Mei 2024)

Pelakon: John Krasinski, Ryan Reynolds, Emily Blunt, Cailey Fleming, Steve Carell, Awkwafina

Sinopsis: Selepas seorang gadis menyedari kebolehannya melihat rakan khayalan semua orang, dia memulakan pengembaraan ajaib untuk menghubungkan semula rakan khayalan yang telah dilupai dengan pemilik mereka.

 

3. Furiosa: A Mad Max Saga (24 Mei 2024)

filem 2024

Pelakon: Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth, Tom Hardy, Nicholas Hault, Yahya Abdul Mateen II

Sinopsis: Diculik dari Green Place of Many Mothers, Furiosa yang ketika itu masih kecil jatuh ke tangan segerombolan penunggang motosikal yang diketuai panglima perang Dementus. Sewaktu menyusuri Wasteland, mereka menemui Citadel yang diketuai oleh Immortan Joe. Malangnya Furiosa terperangkap di tengah-tengah peperangan kala kedua-dua pihak bertempur untuk merebuat kuasa.

 

4. The Watchers (14 Jun 2024)

Pelakon: Dakota Fanning, Georgina Campbell, Olwen Fouere, Alistair Brammer

Sinopsis: Seorang wanita sedang dalam perjalanan ke perkampungan Western Irish apabila keretanya tiba-tiba rosak. Kala menempuhi hutan untuk mencari bantuan, dia dikejutkan dengan jeritan seorang wanita yang memintanya berlindung daripada makhluk misteri.

 

5. A Quiet Place: Day One (28 Jun 2024)

Pelakon: Joseph Quinn, Lupita Nyong’o, Djimon Hounsou, Alex Wolff

Sinopsis: Kala New York City diceroboh makhluk asing yang memburu melalui bunyi, seorang wanita bernama Sammy perlu berjuang untuk terus hidup. Ia merupakan prekuel kepada siri filem A Quiet Place.

 

6. Twisters (19 Julai 2024)

Pelakon: Glen Powell, Kiernan Shipka, Anthony Ramos, Daisy Edgar-Jones

Sinopsis: Kate Cooper termakan pujukan rakannya, Javi untuk menguji sistem penjejakan baru kala kawasan mereka dilanda puting beliung. Adakah mereka mampu menyelamatkan diri kala ribut menjadi lebih buruk?

 

7. Deadpool & Wolverine (26 Julai 2024)

Wolverine meets Deadpool

Pelakon: Ryan Reynolds, Hugh Jackman, Owen Wilson, Jennifer Garner, Emma Corrin

Sinopsis: Wolverine sedang pulih daripada kecederaan yang dialaminya apabila dia bertembung dengan Deadpool. Mereka akhirnya bersetuju untuk bekerjasama bagi menewaskan pihak musuh.

 

8. Borderlands (9 Ogos 2024)

The Borderlands Trailer Proves The Movie Is Facing An Uphill Battle

Pelakon: Cate Blanchett, Ariana Greenblatt, Kevin Hart, Jack Black, Gina Gershon

Sinopsis: Seorang penjahat terkenal membentuk pakatan tidak dijangka dengan sepasukan adi wira kala dia kembali ke planet asalnya. Bersama-sama, mereka memerangi makhluk asing dan penjenayah berbahaya untuk mencari seorang gadis yang memegang kunci kepada kuasa luar biasa.

 

9. The Crow (23 Ogos 2024)

filem 2024

Pelakon: Bill Skarsgard, FKA Twigs, Danny Huston, Isabella Wei, Laura Birn

Sinopsis: Pasangan kekasih Eric Draven dan Shelly Webster dibunuh dengan kejam. Diberi peluang untuk menyelamatkan cinta sejatinya dengan mengorbankan diri sendiri, Eric merentasi dunia hidup dan mati untuk membalas dendam.

 

10. Beetlejuice Beetlejuice (5 September 2024)

filem 2024

Pelakon: Michael Keaton, Winona Ryder, Jenna Ortega, Beetlejuice BeetlejuiceMonica Bellucci, Willem Dafoe

Sinopsis: Tiga generasi keluarga Deetz pulang ke Winter River selepas berlakunya tragedi tidak dijangka. Masih dihantui oleh Beetlejuice, kehidupan Lydia menjadi huru-hara apabila anak perempuannya menemui portal misteri ke alam barzakh.

 

11. Speak No Evil (13 September 2024)

filem 2024

Pelakon: James McAvoy, Mackenzie Davis, Aisling Franciosi, Scoot McNairy

Sinopsis: Sebuah keluarga dijemput menghabiskan cuti hujung minggu di rumah desa yang indah. Malangnya percutian idaman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri.

 

12. Joker: Folie à Deux (4 Oktober 2024)

filem 2024

Pelakon: Joaquin Phoenix, Lady Gaga, Zazie Beetz, Jacob Lofland

Sinopsis: Seorang badut yang gagal dalam kerjayanya, Arthur Fleck bertemu cinta hatinya, Harley Quinn kala masing-masing mendapatkan rawatan di Arkham State Hospital.

 

13. Gladiator 2 (22 November 2024)

filem 2024

Pelakon: Paul Mescal, Denzel Washington, Connie Nielsen, Barry Keoghan, Pedro Pascal, Joseph Quinn

Sinopsis: Lucius, anak lelaki kepada Lucilla diberi hak menaiki takhta sebagai Caeser. Bagaimanapun dek kerana terharu melihat pengorbanan dan keberanian Maximus 20 tahun lalu, dia memilih untuk meneruskan legasinya.

 

14. Wicked (27 November 2024)

filem 2024

Pelakon: Ariana Grande, Cynthia Erivo, Ethan Slater, Jonathan Bailey, Michelle Yeoh

Sinopsis: Sering disalah anggap dek warna kulitnya yang hijau, Elphaba menjalin persahabatan dengan Glinda, seorang pelajar yang gilakan populariti. Susulan pertemuan dengan Wizard of Oz, persahabatan mereka mulai retak setelah kedua-duanya mengikuti hala tuju kehidupan yang berbeza.

 

15. Nosferatu (25 Disember 2024)

filem 2024

Pelakon: Bill Skarsgard, Lily-Rose Depp, Nicholas Hoult, Aaromn Taylor-Johnson, Emma Corrin

Sinopsis: Ketaksuban seorang wanita yang dirasuk dan puntianak menakutkan mencetuskan kisah gothik ngeri yang tidak dapat dibayangkan.

 

Pautan berkaitan: 5 FILEM MISTERI PEMBUNUHAN TERBAIK WAJIB TONTON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG MEI 2024

Bacaan Lanjut
PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

PENYATUAN CINTA JOAQUIN PHOENIX & LADY GAGA DALAM TRELER JOKER: FOLIE À DEUX

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

Bacaan Lanjut
TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

TRANSFORMASI CHRIS HEMSWORTH DALAM FILEM FURIOSA: A MAD MAX SAGA

Bacaan Lanjut
JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3

JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3

Bacaan Lanjut