Skip to content

new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Kongsikan artikel ini

Dari filem “Road House” lakonan Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Mac 2024.

Laman penstriman seperti Netflix, Prime Video dan Disney+ Hotstar membariskan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen tempatan. Dari filem “Road House” lakonan pelakon hebat, Jake Gyllenhaal kepada siri realiti “Physical: 100” yang kembali dengan musim kedua, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang bulan Mac 2024.

love island

Berikut adalah 15 rancangan baharu yang must watch sepanjang bulan Mac 2024 ini:

1. Ricky Stanicky (Prime Video)

Tarikh tayangan: 3 Mac 2024

Ricky stanicky

Pelakon: Zac Efron, John Cena, Andrew Santino, Jermaine Fowler, William H. Macy, Lex Scott Davis, dan Anja Savcic

Sinopsis: Apabila tiga sahabat sewaktu kecil melakukan prank yang terlaluan, mereka mencipta karakter imaginasi bernama Ricky Stanicky untuk keluar dari kesilapan tersebut. 20 tahun selepas mencipta ‘sahabat’ itu, Dean, JT dan Wes masih menggunakan karakter Ricky yang tidak wujud sebagai alibi untuk menutup perangai mereka. Apabila pasangan mereka menjadi sangsi, mereka mendapatkan khidmat seorang pelakon yang sudah tidak popular “Rock Hard” Rod untuk menghidupkan Ricky.

2. My Name Is Loh Kiwan (Netflix)

Tarikh tayangan: 1 Mac 2024

my name is Loh kiwan

Pelakon: Song Joong-ki, Choi Sung-eun dan Jo Han-chul

Sinopsis: Selepas melarikan diri dari Korea Utara, Loh Kiwan sukar untuk mendapatkan status pelarian di Belgeum. Di sana, dia berjumpa dengan seorang wanita yang sudah putus harapan.

3. Taylor Swift: The Eras Tour (Taylor’s Version) (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 15 Mac 2024

10 LAGU TAYLOR SWIFT PALING BANYAK DISTRIM DI SPOTIFY

Sinopsis: Konsert jelajah “Taylor Swift | The Eras Tour (Taylor’s Version) akan membuat debut secara atas talian bulan ini. Filem konsert eksklusif ini akan menampilkan lahu hit seperti “cardigan” dan empat lagu akustik tambahan. Pengalaman sinematik oleh pemenang Grammy ini diarahkan oleh Sam Wrench, dan sudah memecah panggung dengan kutipan US$260 juta di seluruh dunia.

4. Frida (Prime Video)

Tarikh tayangan: 15 March 2024

frida kahlo

Sinopsis: Pengembaraan penuh magis menerusi kehidupan, pemikiran dan hati milik artis seni ikonik, Frida Khalo. Buat pertama kali, dokumetari ini akan diceritakan melalui kata-katanya sendiri, dilukiskan daripada diari ilustrasi, surat-surat, esei, dan temu bual cetak. Ia dihidupkan dengan lirik animasi yang diinspirasikan daripada karya-karya agungnya.

5. The Gentlemen (Netflix)

Tarikh tayangan: 7 Mac 2024

the gentlemen

Pelakon: Theo James, Kaya Scodelario, Ruby Sear, Daniel Ings dan ramai lagi

Sinopsis: Apabila bangsawan, Eddie mewarisi harta tanah keluarga, dia mendapati rumahnya merupakan pusat empayar ganja. Dan dalang disebalik itu tidak mahu melepaskan diri.

6. Wonderful World (Disney+ Hotstar)

Tarikh tayangan: 1 Mac 2024

wonderful world

Pelakon: Cha Eun-woo, Kim Nam-joo, Im Se-mi, dan Kim Sang-woo

Sinopsis: Siri K-drama ini mengisahkan tentang seorang ibu yang berhadapan dengan kegagalan untuk mendapatkan keadialan selepas kematian anak lelakinya. Lantas, dia mengambil langkah sendiri untuk mendapatkan jawapan.

7. Road House (Prime Video)

Tarikh tayangan: 21 Mac 2024

road house

Pelakon: Jake Gyllenhaal, Jessica Williams, Conor McGregor, Daniela Melchior, Joaquim De Almeida, dan Lukas Gage

Sinopsis: Bekas atlet UFC, Dalton dalam usaha untuk melupakan kisah lampaunya yang penuh dengan keganasan. Dia telah diambil bekerja untuk pemilik roadhouse, Frankie sebagai pengawal untuk menghentikan keganasan geng. Keadaan menjadi sukar selepas ketibaan penembak upahan bernama Knox lakonan Conor McGregor.

8. Queen of Tears (Netflix)

Tarikh tayangan: Mac 2024

queen of tears

Pelakon: Kim Soo-hyun, Kim Ji-won, Kwak Dong-yeon, Lee Joo-bin, Park Sung-hoon

Sinopsis: Ikuti krisis perkahwinan antara pewaris generasi ketiga pusat beli-belah Queens Group dan anak lelaki pasaraya Yongdu-ri. Dan bagaimana percintaan antara mereka kembali mekar.

9. The Lord Musang King (Netflix)

Tarikh tayangan: 21 Mac 2024

The Lord Musang King

Pelakon: Yusuf Bahrin, Eddie Chow, Fimie Don, Hafidzuddin Fazil, Harissa Adlynn Halim, Jay Iswazir, Kim Bo-yeon, Kwak Dong-hyuk

Sinopsis: Anak kepada seorang peladang buah-buahan yang berjaya telah dianiaya dan dimasukkan ke dalam penajara. Bapanya juga telah dibunuh. Kini, bekas askar yang telah dibebaskan itu memulakan buruan untuk membalas dendam.

10. My Undead Yokai Girlfriend (Prime Video)

Tarikh tayangan: 22 Mac 2024

My Undead Yokai Girlfriend

Pelakon: Hayato Sano dan Ai Yoshikawa

Sinopsis: Dirakam di Kyoto, siri ini mengisahkan tentang cerita rakyat Jepun iaitu “Yokai’ dan ‘Otaku’. Perhubungan cinta yang laur biasa dan penuh misteri antara pelajar kolej yang kesunyian yang mencari kekasih hati. Kisah percintaan ini bertukar arah kerana gadis tersebut  mahu membalas dendam kepada sebuah keluarha selepas satu kejadian yang berlaku 500 tahun lalu.

11. Physical: 100: Season 2 (Netflix)

Physical 100

Tarikh tayangan: 19 Mac 2024

Sinopsis: Program reality kecergasan popular ini kembali dengan 100 orang perserta untuk merebut gelaran juara. Musim kedua pertandingan global ini akan membawakan cabaran yang lebih hebat dari musim pertama.

12. Damsel (Netflix)

Tarikh tayangan: 8 Mac 2024

damsel

Cr. John Wilson/Netflix ©2023

Pelakon: Millie Bobby Brown, Ray Winstone, Nick Robinson, Shohreh Aghdashloo, Angela Bassett, dan Robin Wright.

Sinopsis: Seorang anak gadis bangsawan bersetuju untuk berkahwin dengan seorang putera yang kacak. Tetapi, dia mendapati keluarga putera mahu mengorbankannya untuk menyelesaikan hutang. Dia terperangkap di dalam sebuah gua yang mempunyai naga, dan perlu menggunakan keazamannya untuk kekal hidup.

13. HOPE ON THE STREET (Prime Video)

Tarikh tayangan: 28 Mac 2024

j-hope

Sinopsis: Ahli kumpulan pop global, BTS iaitu j-hope kini tampil dengan siri dokumentari 6-episod yang mengisahkan tentang kisah kerjaya dan cintanya kepada tarian. Kembali kepada asal-usulnya sebagai penari, j-hope Bersama Boogaloo mengeksplorasi jalanan di Osaka, Paris, Seoul, New York dan Gwanju. Dokumentari ini juga akan menampiljan lagu-lagu daripada album istimewa j-hope berjudul “HOPE ON THE STREET VOL.1.”

14. Young Royals: Season 3 (Netflix)

Tarikh tayangan: Mac 2024

young royals season 3

Pelakon: Edvin Ryding, Omar Rudberg, Malte Gardinger, Frida Argento, Nikita Uggla, Felicia Truedsson, Tommy Wattring

Sinopsis: Musim ketiga dan terakhir buat siri drama yang mengikuti kehidupan Putera Wilhelm dan Simon Eriksson.

15. Sijjin (Prime Video)

Tarikh tayangan: 14 Mac 2024

sijjin

Pelakon: Anggika Bolsterli, Ibrahim Risyad, Niken Anjali, Delia Hussein, Messi Gusti

Sinopsis: Irma jatuh cinta dengan sepupunya, Galang. Tetapi Galang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Walaupun begitu, dia terus obsess dan berhasrat untuk menjadi satu-satunya wanita dalam kehidupan Galang. Dengan itu, dia berjumpa dengan seorang bodoh untuk menyihirkan isteri Galang.

 

Baca lebih lanjut: FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA MAC 2024

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

INI ANDA PERLU TAHU TENTANG ALBUM TERBARU TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut
new show February 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut